EPL: Liverpool 16 Mata Di Atas, Cipta Rekod Baru

Liverpool turun dalam aksi EPL, perlawanan tumpuan berhadapan dengan Tottenham Hotspur. Ianya pertemuan di antara Jose Mourinho dengan Jurgen Klopp.

Liverpool turun dengan meletakkan Alex Oxlade-Chamberlain, Hendo dan juga Gini Wijnaldum di tengah.

Liverpool bermula baik dalam perlawanan ini. Mereka lebih intensif untuk menyerang.

Spurs pula lebih bertahan ke belakang dan aktif mengenakan counter attack. Cuba memanipulasi kesilapan Liverpool di kawasan sendiri.

Liverpool melancarkan beberapa siri serangan. Namun Gazzaniga dan si Japhet Tanganga antara yang cemerlang pada perlawanan ini.

Alex Oxlade-Chamberlain memiliki peluang gol awal. Namun dua rembatan beliau tak dapat disempurnakan. Beliau melakukan satu cut inside yang baik.

Mohamed Salah turut memiliki peluang gol tetapi rembatan ke near post oleh Salah tidak tepat.

Liverpool mendahului menerusi Roberto Firmino. Beliau melakukan trap control cantik selepas menerima hantaran sesedap rasa daripada Mo Salah.

Firmino merembat deras dan masuk!

Separuh masa pertama Liverpool menamatkan babak tersebut dengan dominan.

Pada separuh masa kedua, Tottenham menjadi lebih ofensif dan berjaya memberikan ancaman kepada Liverpool.

Son Heung Min dan Giovanni Lo Celso antara yang mendapat peluang depan mata.

Alisson ternyata selayaknya menjadi penjaga gol terbaik dunia. Beliau menjadi halangan yang tak mampu dilepasi oleh Spurs sepanjang malam.

Liverpool terpaksa lebih menstabilkan pertahanan untuk memastikan 3 mata dibawa pulang dari Stadium Tottenham.

Liverpool menang 1-0 dan membawa pulang 3 mata sangat berharga. Kemenangan yang meletakkan Liverpool kini 16 mata di puncak liga.

Ini selepas Leicester tewas dalam aksi lebih awal.

Liverpool kini sudah 38 perlawanan liga tanpa kalah.

Dan Liverpool baru sahaja mencipta rekod permulaan 21 perlawanan terbaik di dalam EPL.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.