[EPL] Liverpool 2 Everton 0: Origi Tanduk Masuk Lipatan Diaz

Liverpool terus mengejar Manchester City dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.

Dalam aksi sehari lebih awal, Manchester City membelasah Watford dengan keputusan 5-1.

Aksi derbi Merseyside sentiasa sukar untuk Liverpool walaupun apa jua rekod prestasi semasa Everton.

Frank Lampard jelas sekali tampil dengan taktikal sangat defensif. Pada separuh masa pertama pertahanan Everton sangat kental.

Liverpool yang menguasai 88% bola separuh masa pertama, langsung tidak dapat melakukan sebarang percubaan tepat.

Selain itu Everton turut menghadirkan ancaman menerusi serangan balas mereka.

Separuh masa kedua, Jurgen Klopp dan Lampard mengekalkan pendekatan mereka. Klopp mahu para pemainnya terus kekal dengan perancangan mereka.

Klopp memasukkan 2 pemain yang baru untuk memberikan nafas segar di atas padang. Klopp membawa masuk pakar derbi, Divock Origi dan juga pemain baru Luis Diaz untuk memberikannya debut Derbi Merseyside yang pertama.

Luis Diaz sempat melakukan gaya nakal seorang jantan kabaret.

Liverpool akhirnya di hadapan pada minit ke-62 menerusi Andy Robertson. Ianya percubaan tepat / on target pertama Liverpool dalam perlawanan ini.

Kredit juga kepada Mohamed Salah yang mengangkat hantaran lintang cantik sesedap rasa. Jika korang berpendapat Salah adalah pemain yang tamak, Statistik menyatakan sebaliknya. Salah menjadi pemain paling kreatif dan banyak assist untuk Liverpool sejak menyertai mereka. Assist ini meletakkan statistik assist Salah di atas Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson.

Frank Lampard kemudian memasukkan Solomon Rondon. Everton tiba tiba melakukan ancaman beterusan pada minit ke-80 daripada situasi bola mati. Namun Alisson kental mempertahankan gawangnya.

Divock Origi membuktikan bahawa dirinya adalah Derby Specialist yang sebenar. Bermula daripada sepakan penjuru, Liverpool memenangi bola kedua. Luis Diaz kemudian melipat bola tersebut dan melantun di atas tanah. Origi tanpa segan silu terus menyambar bola dengan tandukan masuk ke gawang.

Divock Origi kini mencatatkan 6 gol ke atas Everton dalam semua pertandingan untik Liverpool. Ianya rekod dua kali ganda gol dia jaringkan ke atas mana mana pasukan lain sepanjang tempoh tersebut.

Origi turut terlibat dalam binaan gol pertama Liverpool dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan Liverpool menang 2-0. Mengekalkan penjarakan sosial 1 mata dari Man City.

Everton kini berada di zon penyingkiran dengan 2 mata di belakang Burnley. Tetapi Everton masih ada baki 1 perlawanan kurang.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.