Liverpool berjaya melepasi cabaran Wolves dalam aksi ke-19 EPL mereka musim ini.
Dalam perlawanan ini Liverpool diberikan kebenaran khas untuk memakai lencana Juara Dunia FIFA.
A thing of beauty π pic.twitter.com/O7NFSnevGQ
β Liverpool FC (@LFC) December 29, 2019
Lawan Liverpool pada hari ini adalah sebuah pasukan yang memiliki rekod yang baik dengan pasukan big six iaitu Wolves.
Mereka baru sahaja mencatatkan kemenangan ke atas Manchester City dalam perlawanan sebelum ini. Namun Wolves tidak menurunkan Raul Jimenez dan Adama Traore dalam kesebelasan utama mereka.
308 β Jordan Henderson is today making his 308th @premierleague appearance since the start of 2010, confirming that the Liverpool midfielder has played in more matches than any other player in the competition this decade. Stalwart. pic.twitter.com/8tWx8Op1KK
β OptaJoe (@OptaJoe) December 29, 2019
Seperti yang dijangka Wolves bermain dengan agresif ketika bertahan, dan cuba melakukan serangan balas yang pantas. Mereka memiliki kemampuan duel fizikal yang sangat baik.
Namun Liverpool berjaya mendapatkan penguasaan ke atas lawa dalam perlawanan ini. Cuma nak memecah pertahanan mereka di garisan paling bawah agak sukar.
Wolves sangat cepat mematikan gerakan pemain Liverpool.
Sadio Mane memberikan Liverpool gol pendahuluan selepas bola dilorongkan oleh Adam Lallana. Ada perlawanan awalnya merasakan ianya adalah handball.
Jelas sekali bola itu terkena bahu Adam Lallana.
Namun selepas dinilai menerusi VAR, kau diberikan kepada pasukan Liverpool. 1-0 untuk Liverpool.
30 β Sadio ManΓ© is only the second player to be directly involved in 30 Premier League goals during 2019 (24 goals, 6 assists), after Jamie Vardy (34). Banked. pic.twitter.com/0Y8QXfFpbu
β OptaJoe (@OptaJoe) December 29, 2019
Namun tidak lama selepas itu pasukan Wolves menyamakan kedudukan menerusi Pedro Neto.
Malangnya VAR telah menarik baik gol itu kerana ofsaid. Kau tengok gila tak VAR ni.
Sebelum ini pun Sadio Mane kena macam ni lah.
Nuno Esprito Santo tak berpuas hati dengan pengadil dan beliau dilayangkan kad kuning.
Liverpool patut menarik nafas lega sebab pada minit minit akhir itu, Liverpool agak longgar di barisan pertahanan.
Pada separuh masa kedua pasukan Wolves memperbaiki tempo permainan mereka mencari gol penyamaan.
Roberto Firmino mendapat peluang gol hasil umpanan Mohamed Salah namun gagal disudahkannya.
Pada minit ke-67, Van Dijk ditekan oleh Jota namun Alisson tenang menafikan percubaan deras pemain tersebut.
Raul Jimenez kemudian mendapat peluang gol namun berjaya dihadang oleh Trent Alexander-Arnold.
Liverpool kemudian banyak dipaksa bertahan dengan Wolves melakukan apa sahaja untuk percubaan ke arah gol.
Liverpool pula agak sukar untuk bertahan dengan Wolves menolak semakin ramai pemain mereka ke hadapan.
Rembatan saat akhir oleh Adama Traore antara yang paling mencemaskan Liverpool.
Pengadil meniup wisel penamat dengan kemenangan untuk Liverpool 1-0. Kontroversi VAR mewarnai kemenangan ini. Tak apa yang paling penting sekali adalah tiga mata daripada perlawanan seperti ini.
Liverpool menamatkan dekad dengan kemenangan. Liverpool juga menamatkan tahun 2019 dengan berada di puncak liga sebanyak 13 mata daripada Leicester, dengan Liverpool ada 1 baki perlawanan lagi.
3 mata yang sukar dan penuh liku serta onak berduri. Liverpool kini sudah 50 perlawanan liga tidak tewas di tempat sendiri, Anfield.
Sepanjang tempoh itu Liverpool sudah menang 40 perlawanan dan seri 10 kali di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
50 β Liverpool are now unbeaten in 50 home league games (W40 D10); this is only the third time any side has gone 50+ home matches without defeat in English top-flight history, after Chelsea (86 between 2004-2008) and Liverpool themselves (63 between 1978-1980). Innings. pic.twitter.com/wTwcSOMnrI
β OptaJoe (@OptaJoe) December 29, 2019