Liverpool menang bergaya ke atas Luton Town di Anfield dengan keputusan 4-1.
Liverpool turun tanpa ramai pemain utama kerana kecederaan termasuk Mo Salah, Darwin Nunez, dan Trent Alexander Arnold.
Sebenarnya, The Reds ketinggalan terlebih dahulu dalam perlawanan ini dan bergelut sepanjang separuh masa pertama.
Perubahan corak permainan dari segi intensiti pada separuh masa kedua menyaksikan The Reds bangkit mencetak 4 gol.
Ogbene meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-12. Ianya berpunca daripada lontaran ke dalam di mana Liverpool gagal bertahan lebih baik.
Liverpool melalui separuh masa pertama sebagai pasukan lebih dominan namun buntu untuk mendapatkan gol.
Luton bermain dengan sangat fizikal dan membuatkan Luis Diaz dan rakan rakannya tidak dapat mencetak gol.
Pada separuh masa kedua, Virgil Van Dijk mencetuskan kebangkitan Liverpool. Ianya selepas dia menanduk masuk sepakan penjuru pada minit ke-56.
Tidak lama selepas itu, giliran Gakpo melakukan satu lagi standing header di kawasan gol lawan untuk gol kedua. Meletakkan Liverpool di hadapan buat pertama kali.
125 – There were just 125 seconds between Virgil van Dijk's equaliser and Cody Gakpo putting Liverpool 2-1 ahead against Luton. Eruption. pic.twitter.com/55jVJC2GIl
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2024
Gakpo sepatutnya mendapat gol kedua minit ke-60, namun rembatannya kemas diselamatkan penjaga gol Luton yang cemerlang sepanjang malam.
Liverpool akhirnya mencetak satu lagi gol pada minit ke-71 menerusi Luis Diaz. Ianya berpunca daripada tekanan yang kemas dilakukan Robertson. Diaz dengan licik melakukan shoulder feint dan merembat masuk.
10 – In Mo Salah (19), Diogo Jota (14), Darwin Núñez (13), Cody Gakpo (11), and Luis Díaz (10), Liverpool are the first club in Europe's big-five leagues to have five players reach 10+ goals in all competitions this season. Fearsome. pic.twitter.com/La5j8Pb1me
— OptaJoe (@OptaJoe) February 21, 2024
Klopp memasukkan lebih ramai pemain muda. Dan mereka membantu mencipta gol keempat yang disudahkan oleh Harvey Elliot pada minit ke-90.
Itu adalah gol terakhir dalam perlawanan ini. Dan Liverpool mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas.
UP THE REDS 🙌🔴 pic.twitter.com/wuXhWXY0Hd
— Liverpool FC (@LFC) February 21, 2024