EPL: Liverpool Belasah United 4-0, Mo Salah Catat Rekod Luar Biasa

Liverpool melayan kunjungan Manchester United di Anfield. Man United tanpa beberapa tonggak mereka termasuk Fred, McTominay dan Cristiano Ronaldo.

Liverpool menurunkan pasukan terkuatnya dalam perlawanan ini kerana bebas daripada masalah kecederaan.

Separuh masa pertama

Seperti dalam perlawanan pertama di Old Trafford, Liverpool mendahului pada minit ke-5. Kali ini menerusi Luis Diaz.

Ianya bermula daripada serangan kilat yang dilancarkan oleh Liverpool. Trent Alexander Arnold dan Mo Salah tiba tiba bebas dengan ruang yang sangat luas di kanan.

Salah kemudian melorongkan bola kepada Diaz yang tiada masalah untuk melakukan tampanan mudah ke gawang.

Pada minit ke-7, seksyen penyokong kedua dua pasukan bangkit untuk memberikan sorakan tanda sokongan kepada Cristiano Ronaldo yang sedang berduka bersama keluarganya meratapi pemergian bayi lelakinya.

[VIDEO] Detik Anfield Bersorak Minit Ke-7 Demi Ronaldo Dan Keluarganya

Selepas gol itu Liverpool terus mendominasi perlawanan. Dan lebih malang buat United apabila Paul Pogba terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada minit ke-10.

Manchester United terus ditekan di kawasan sendiri. Dan pada minit ke-22, Mohamed Salah akhirnya menamatkan kemarau golnya selepas menerima hantaran sentuhan pertama Sadio Mane dalam keadaan half turn. Ia juga terhasil menerusi permainan kombinasi yang cantik.

Salah kini menjadi pemain kedua selepas Mesut Ozil pada 20015/16 – untuk menjaringkan gol dan mencipta assist dalam aksi liga di tempat sendiri dan di tempat lawan menentang Manchester United.

Pada minit ke-34, Luis Diaz hampir menambah gol untuk Liverpool. Namun jelas sekali dia di kedudukan ofsaid.

Marcus Rashford mendapat peluang untuk menjaringkan gol. Malangnya sentuhan pertamanya terus dipintas oleh Alisson.

Liverpool berusaha mencari gol ketiga mereka. Thiago Alcantara benar benar menjadi denyut nadi Liverpool di tengah.

Pada minit ke-43, penjaga gol Man United, David De Gea melakukan save mudah apabila rembatan Luis Diaz tepat kepadanya.

Separuh masa pertama berakhir dengan Liverpool 2 Man United 0. Liverpool menguasai 76% perlawanan dan tidak membenarkan Manchester United melakukan sebarang percubaan sepanjang 45 minit pertama.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua, Manchester United memasukkan Jadon Sancho dan mengeluarkan Phil Jones.

United bermula dengan lebih positif dan berada di kawasan lawan dengan lebih tinggi dengan bola di kaki mereka. Ternyaata Sancho memberikan dimensi berbeza kepada Man United selepas aksi separuh masa pertama yang teruk.

Percubaan pertama United akhirnya menjelma pada minit ke-54 menerusi Jadon Sancho, namun percubaan itu lemah dan mudah ditangkap Alisson Becker.

Jurgen Klopp jelas tidak gembira dengan corak permainan Liverpool pada awal 20 minit pertama separuh masa kedua. Di mana mereka membenarkan United melakukan beberapa gerakan dengan bebas di kawasan kotak penalti The Reds.

Namun begitu Liverpool berjaya menambah satu lagi gol minit ke-68. Kali ini menerusi serangan balas yang disudahkan oleh Sadio Mane selepas menerima hantara mudah Luis Diaz.

Ianya melengkapkan kombinasi front 3 Liverpool. Di mana ketiga tiga mereka saling mencipta assist dan gol dalam 3 gol Liverpool.

Tidak terhenti di situ apabila Liverpool menambah satu lagi gol minit ke-80. Kali ini bermula daripada pressing Naby Keita ke atas Mjebri, bola terus dihulurkan kepada Jota dan Jota melorongkan kepada Mohamed Salah untuk gol ke-4 Liverpool.

Salah menjadi pemain pertama menjaringkan 5 gol ke atas United dalam satu musim Liga Perdana Inggeris di dalam sejarah. Dulu kan payah bebeno dia nak skor lawan United kan?

Mohamed Salah sebenarnya berpeluang untuk mencetak hatrik. Namun dia gagal menyudahkan peluang pada masa kecederaan. Ianya selepas Wan Bissaka  melakukan bentesan penting mengeluarkan bola.

Tamat perlawanan, Liverpool 4 Manchester United 0. Sudah tentunya ianya kemenangan yang besar maknanya  buat Liverpool yang naik ke puncak liga sekurang kurangnya untuk 24 jam.

Man United kini benar benar dalam bahaya terlepas daripada UCL musim hadapan.

Baca yang lain