EPL: Liverpool Catat 17 Kemenangan Straight, 25 Mata Di Atas Man City

Liverpool turun berkunjung ke laman Norwich City di Carrow Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang bersambung selepas rehat musim sejuk.

Jurgen Klopp menerima kembali kepulangan Sadio Mane ke dalam pasukan beliau selepas pilih dari kecederaan. Namun pemain bintang dari Senegal itu diletakkan di bangku simpanan.

Fabinho juga turut diletakkan di bangku simpanan, tempat beliau di dalam pada digantikan oleh Jordan Henderson.

Liverpool mendominasi awal 10 minit yang pertama. Namun tidak ada peluang yang benar-benar terhidang dihasilkan.

Robert Firmino menerima bola cantik daripada Jordan Henderson di dalam kotak penalti. Satu kawalan yang cantik, anmun belum pun sempat beliau melepaskan rembatan pertahanan Norwich sudah mengeluarkan bola.

Liverpool bergelut untuk mencipta peluang gol pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-35, Norwich mendapat peluang keemasan. Pukki bergandingan dengan rakannya cuba memperdaya Alisson. Tampanan Alisson berjaya melakukan hadangan world class.

https://twitter.com/Kloppholic/status/1228742564834050049?s=19

Trent Alexander-Arnold melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-39 namun liar.

Pada minit minit akhir separuh masa pertama Liverpool cuba mencipta beberapa lagi peluang. Norwich bertahan dengan baik dah agresif.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0.

Bersambung babak kedua. Liverpool mendapat peluang keemasan menerusi Naby Keita. Namun Krul cemerlang melakukan double saves.

Jurgen Klopp kemudian memasukkan Sadio Mane. Dan Liverpool tampil dengan tempo Lebih pantas.

Mane mengumpan kepada Mo Salah dan pemain itu melakukan cut back. Malangnya tiada pemain menyambarnya.

Pada minit ke-71, Tettey melakukan rembatan deras yang terkena tiang.

Sadio Mane akhirnya meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-78. Beliau menerima bola di dalam kotak penalti, hasil hantaran cantik Jordan Henderson.

Mane kemudian merembat deras bola ke near post.

1-0 untuk Liverpool di hadapan.

Gol tersebut merupakan gol ke-100 Sadio Mane di dalam bola sepak Inggeris.

Liverpool meneruskan intensiti serangan mereka. Jurgen Klopp memasukkan James Milner untuk menggantikan Naby Keita yang sudah mengutip satu kad kuning.

Roberto Firmino kemudian terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol selepas satu hantaran rendah yang sangat cantik daripada Trent Alexander-Arnold.

Teemu Pukki kemudian berganding dengan Buendia. Pukki melakukan rembatan deras yang tepat ke dakapan Alisson. Tiada masalah untuk penjaga gol terbaik dunia itu mendakap kemas bola tersebut.

Liverpool menang tipis 1-0 di away.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool semakin hampir dengan kejuaraan. Hanya 5 kemenangan sahaja lagi memisahkan.

Liverpool dipisahkan 25 mata daripada Manchester City. Liverpool sudah mengumpul 76 mata setakat ini dan Man City hanya 51 mata. Dan semakin cerah untuk menamatkan penantian kejuaraan liga selama 30 tahun.

Liverpool kekal tak kalah musim ini selepas 26 perlawanan dengan mencatat 25 kemenangan daripadanya.

Liverpool juga sudah mencatatkan 17 kemenangan berturut-turut di dalam Liga Perdana Inggeris.

Liverpool juga sudah dikira mengesahkan tempat mereka di dalam Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.