Liverpool sudah semakin hampir terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas satu lagi kekalahan dialami oleh skuad Jurgen Klopp.
Only two Everton managers won a Merseyside derby against Jürgen Klopp's Liverpool:
◉ Carlo Ancelotti (Liverpool 0-2 Everton)
◉ Sean Dyche (Everton 2-0 Liverpool)The Don at Anfield, Dyche at Goodison. 👥 pic.twitter.com/lAJx2OcWWK
— Squawka (@Squawka) April 24, 2024
Prestasi Liverpool dalam beberapa minggu terakhir agak rapuh. Mereka tersingkir daripada Piala FA, kemudian tersingkir dari UEL dan kini semakin terlepas kejuaraan EPL.
Liverpool turun ke markas Everton pada aksi derbi Merseyside terakhir Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool.
Liverpool berusaha mengekalkan cabaran mereka dalam saingan EPL musim ini. Terutama sekali selepas Arsenal membelasah Chelsea 5-0 dalam aksi lebih awal semalam.
Liverpool tampil dominan namun gagal menembusi gawang Everton. Liverpool hampir memberikan penalti kepada Everton. Mujur VAR membatalkan penalti itu kerana ofsaid.
Tidak lama selepas itu Everton di hadapan menerusi Jarrad Brantwaithe yang mengambil kesempatan daripada kelemahan pertahanan Liverpool pada minit ke-27.
Darwin Nunez dan Mo Salah memiliki peluang untuk menyamakan kedudukan namun gagal berbuat demikian.
Everton kemudian mengambil inisiatif bertahan. Liverpool terus tiada idea untuk mendapatkan gol dan akhirnya perlawanan separuh masa pertama berakhir 1-0 memihak tuan rumah.
Pada separuh masa kedua, Liverpool menjadi semakin tertekan apabila Calvert Lewin menambah satu lagi gol untuk Everton. Kali ini gol mudah daripada sepakan penjuru di mana pemain itu melakukan free header.
Klopp membuat pertukaran dengan memasukkan Endo, Elliot dan juga Quansah menggantikan Jones, Konate dan juga Szoboszlai.
Liverpool hampir dihukum lagi minit ke-64, mujur percubaan tersebut dihadang Robertson.
Minit ke-69, Luis Diaz melakukan percubaan yang terkena tiang gol. Ianya adalah detik paling hampir Liverpool mendapat gol setakat ini.
Minit ke-75, defensive midfielder yang berkualiti tinggi, Amadou Onana dimasukkan menggantikan Idrissa Gueye.
Everton kemudian terus kental bertahan. Ditambah dengan kelemahan Liverpool di zon serangan.
Minit ke-90 akhirnya Pickford dipaksa melakukan penyelamat berkelas dunia menafikan percubaan Harvey Elliot.
Mo Salah turut melakukan percubaan tepat yang diselamatkan oleh Pickford pada lewat masa kecederaan.
Tamat perlawanan Everton menang 2-0 ke atas Liverpool. Kemenangan yang membantu mereka semakin menjauhi zon penyingkiran dan membuatkan Liverpool semakin terlepas kejuaraan liga.
FT: Everton 2-0 Liverpool
In his final Merseyside derby, Jürgen Klopp loses his first-ever away game against Everton. 🙃#EVELIV | @bet365 | #Ad pic.twitter.com/ga3MyohHSg
— Squawka Live (@Squawka_Live) April 24, 2024