Jack Grealish menjadi pemain penting Man City dalam aksi kebangkitan 4 gol selepas ketinggalan 1 gol.
Man City terus cuba menghambat Arsenal dalam perebutan kejuaran Liga Perdana Inggeris.
Liverpool bertandang ke Etihad dan berakhir dengan kekalahan. Ianya kekalahan ke-14 Liverpool dalam semua pertandingan musim ini. Rekod terburuk Liverpool di bawah Jurgen Klopp.
Namun begitu, Liverpool sempat menyakitkan tuan rumah dengan gol pertama pada minit ke-17 oleh Mohamed Salah.
Salah menerima hantaran mudah daripada Jota dan merembat masuk. VAR mengesahkan bahawa gol itu bersih, Jota kekal onside.
Man City kemudian membalas gol tersebut pada minit ke-27, menerusi penyerang sandaran, Julian Alvarez – yang diturunkan menggantikan Haaland yang cedera.
Separuh masas pertama berakhir dengan 1-sama.
Pada separuh masa kedua, Man City terus mencetak gol, hanya selepas 52 saat perlawanan disambung semula.
Kali ini De Bruyne mencetak gol pendahuluan untuk City.
Pada minit ke-53, Trent Alexander Arnold menghadang sepakan Alvarez, namun bola melantun kepada Gundogan. Pemain antarabangsa Jerman itu memastikan City 3-1 di hadapan.
Man City terus melakukan ancaman demi ancaman. Akhirnya Man City menutup serapatnya pintu buat Liverpool dengan gol keempat oleh Jack Grealish.
Pemain yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan ini.
Tamat perlawanan, Man City 4 Liverpool 1.
City mencatatkan 4 kemenangan berturut turut dalam usaha mereka terus mengejar Arsenal.
Liverpool kini semakin sukar untuk berada dalam 4 teratas.