[EPL] Man United 1 Liverpool 1: Satu Mata Dikongsi

Game yang sebenarnya good One point daripada Old Trafford.

Liverpool gagal bermain baik pada separuh masa pertama. Kita start the game dengan beberapa siri neutral move and pass. Tak penetrative.

Gol pertama Man United tu memang agak kontroversi. Namun Divock Origi kena lepaskan bola lebih awal dalam situasi pemain lain dah overload kotak penalti.

United bermain dengan sistem back 3.

Key player mereka di tengah ialah Fred.

Pemain yang banyak recycle dan recovery bola di tengah.

Pada separuh masa kedua fasa improvement Liverpool bermula pada ketika Oxlade-Chamberlain dimasukkan.

Henderson kurang menyerlah dalam game ni. Wijnaldum mula mula nampak bagus, tetapi dia lemas di tengah. Banyak kali Fabinho naikkan posisi dia nak support.

Selepas Liverpool masukkan Oxlade dan Lallana, grakan bola lebih laju dan pemain lebih decisive.

Gol Adam Lallana tu memang dia berhak dapat. Pemain yang masuk dan memberikan impak dalam perlawanan.

Many Keita masuk agak lewat dalam game ni. Dia memberikan impak dari segi memecahkan zon 14 tu.

Klopp mewujudkan pemain no.10 dalam sistem 4-2-3-1 pada separuh masa kedua.

Dari sudut Man United mereka bermain baik secara defensif. Cuma second half mereka drop too deep dan terlalu tak ada bola.

Mereka sukar nak counter attack. Tetapi overall mereka meneutralkan gerakan Liverpool.

Mereka dapat gol awal dan memberikan Liverpool tekanan dengan kejayaan memenangi banyak duel dalam game ni.

Game derbi macam ni kau tak akan expect Aspek taktikal jadi pemisah. Tetapi yang menjadi faktor penting adalah cara handle pressure. United pada game ni berjaya melakukannya.

Mereka berhadapan dengan pasukan yang dalam form baik.

1-1 saya rasa good point untuk Liverpool.

Lupakan isu 17 games streaks tu.

Man United mungkin lebih menganggap 2 point hilang berbanding 1 point gained. Sebab situasi mereka tadi 5 minit sahaja dipisahkan daripada 3 mata dalam keadaan mereka sangat perlukan kemenangan daripada game macam ni untuk menaikkan motivasi mereka.


Baca yang lain