EPL: Man United King Tajaan Jersi Musim Ini, Berikut Senarai Top 10

Kelab kelab di EPL terus menikmati kemewahan daripada tajaan jersi dalam semusim. Berikut adalah 10 kelab dengan tajaan jersi bagi musim 2024/25.

10. Leicester & Everton – £21.5 juta

Kedua dua kelab memiliki jumlah pendapatan yang sama musim ini. Leicester ditaja oleh Adidas, BC GAME dan Bia Saigon. Sementara Everton ditaja oleh Castore, Stake dan Christopher Ward.

8. Aston Villa – £39 juta

Villa ditaja oleh Adidas, Betano dan juga Trade Nation.

7. Chelsea – £66 juta

Chelsea tetap berada di top 10 walaupun tiada penaja depan jersi mereka. Di mana Nike dan Fever sahaja yang menaja mereka musim ini untuk jersi.

6. Newcastle – £72.5 juta

Kelab dimiliki PIF ini ditaja oleh Adidas, Sela dan juga Noon. Aidas menyumbang kepada 40 juta pound tajaan semusim.

5. Spurs – £110 juta

Spurs menjadi pasukan pertama dalam senarai kelab £100 juta untuk tajaan jersi. Skuad ini ditaja oleh Nike, AIA dan Kraken.

4. Arsenal – £125 juta

Skuad London Utara ini menyaksikan mereka meraih £125 juta hanya daripada tajaan jersi saja. Arsenal ditaja Adidas, Emirates dan Visit Rwanda.

3. Liverpool – £137 juta

Perjanjian dengan Nike membantu mereka meraih pendapatan £137 juta dengan 2 lagi penaja lain iaitu Standard Chartered dan Expedia.

2. Man City – £150 juta

Nilai komersial kelab Man City terus meningkat naik pada era Guardiola. Di mana mereka kini meraih £150 juta tajaan hersu semusim. Dengan sumbangan oleh Puma, Etihad dan OKX.

1. Man United –  £170 juta

Seperti sudah dijangka kelab paling berpengaruh di England iaitu Man United yang memiliki jumlah penyokong sangat besar di seluruh dunia menjadi rajanya dengan £170 juta tajaan jersi daripada Adidas, Snapdragon dan DXC.

Berikut adalah senarai penuh jumlah tajaan jersi kelab kelab EPL musim ini yang secara keseluruhan berjumlah £1.047 bilion.