Manchester United menelan satu lagi kekalahan dalam musim ini. Kali ini mereka kalah 0-2 di tangan Newcastle di gelanggang keramat mereka Old Trafford.
Ruben Amorim terus bergelut untuk mendapatkan rentak bersama Man United.
Amorim mengembalikan semula Marcus Rashford ke dalam pasukannya. Namun pemain itu berada di bangku simpanan setelah beberapa minggu dia disisihkan.
Should Marcus Rashford start tonight?#MUFC
pic.twitter.com/vGDBQWJJxF— Henz (@UTDHenz) December 30, 2024
Man United memulakan perlawanan dengan memberikan gol awal kepada Newcastle. Hantaran lintang Anthony Gordon berjaya disambar masuk oleh Alexander Isak dari jarak dekat pada minit ke-4.
Isak terus cemerlang bersama Newcastle meraikan sumbangan gol ke-50 dia untuk Newcastle dalam EPL. Dengan catatan 43 gol dan 7 assist.
50 – Alexander Isak has reached 50 Premier League goal involvements in 69 games (43 goals, 7 assists), the third-fastest by a Newcastle player behind Andrew Cole (43 games) and Les Ferdinand (58 games). Howay. pic.twitter.com/Ipr46eoljg
— OptaJoe (@OptaJoe) December 30, 2024
Gordon sekali lagi menjadi pembekal assist untuk gol kedua dengan cara yang sama iaitu hantaran lintang. Dan kali ini ditanduk masuk oleh Joelinton pada minit ke-19.
Newcastle mencipta beberapa lagi siri peluang ke arah kubu Man United. Antaranya, percubaan lemah daripada Isak dalam situasi 1 lawan 1.
Dan kemudian percubaan Sandro Tonali dari dalam kotak penalti yang terkena tiang.
Amorim sempat membuat pertukaran awal memasukkan Kobbe Mainoo. Dan ianya jelas banyak membantu United memperbaiki rentak dan kestabilan mereka.
Pada separuh masa kedua, United tampil dengan lebih baik. Mereka berterusan memberikan tekanan kepada Newcastle. Tetapi malangnya, penyudah mereka di hadapan gol sangat tumpul.
Akhirnya Man United menamatkan aksi terakhir mereka untuk EPL tahun ini dengan kekalahan kesembilan mereka di dalam EPL.