EPL: Man United Terkena Gol Penalti Kemenangan ‘Last Minute’ Brighton

Manchester United meneruskan rentak kurang memberangsangkan untuk aksi di tempat lawan dalam EPL terutama sekali berdepan 9 pasukan teratas.

Terbaru skuad bimbingan Erik Ten Hag kalah 1-0 di tangan Brighton dalam aksi di Falmer Stadium.

Menjadikan rekod away United sangat membimbangkan. Mereka kini hanya menang sekali dan kalah 8 kali di tempat lawan berdepan pasukan 9 teratas dalam EPL. Dalam perjalanan terebut, mereka turut menelan kekalahan paling besar dalam EPL iaitu 7-0 di tangan Liverpool.

Seterusnya turut dimalukan 6-3 oleh jiran sebandar mereka Man City.

Luke Shaw memberikan penalti pada lewat masa kecederaan selepas bola terkena tangannya.

Juara Piala Dunia 2022, Alexis Mac Allister berjaya menyempurnakan penalti pada minit ke-99 perlawanan, di waktu kecederaan.

Brighton meneruskan rentak cemerlang di bawah kendalian De Zerbi.

Kali ini menjadikan Man United sebagai mangsa mereka. Brighton melakukan 22 percubaan ke arah gawang United berbanding 16 yang dilakukan Red Devils.

Secara keseluruhan skuad bimbingan De Zerbi menguasai 60% perlawanan ini dari segi ball possession.

Pada minit ke-4 lagi Brighton hampir di hadapan. Dengan percubaan Mitoma diselamatkan De Gea dengan mukanya.

De Gea terus bekerja keras sepanjang malam. Termasuk melakukan 2 saves berkelas dunia sebelum pasukannya memberikan penalti kepada lawan.

Jaringan penalti kemenangan Alexis Mac Allister pada minit ke-89 merupakan gol kemenangan paling lewat dicatatkan oleh Brighton ke atas Man United dalam sejarah EPL.

Brighton turut mencetak kemenangan double dalam EPL buat pertama kali dalam sejarah kelab itu.

Ianya adalah kekalahan kelapan Man United musim ini. Mereka kini dibezakan 4 mata daripada pasukan tangga kelima Liverpool. Namun United memiliki 1 perlawanan dalam tangan kurang berbanding Liverpool.

Baca yang lain