Manchester United kalah mengejut di tempat sendiri di tangan Bournemouth. Era Ruben Amorim di United terus sukar dengan pasukan itu kali ini dimalukan Bournemouth dengan kekalahan 0-3.
Ruben Amorim yang sekali lagi menyisihkan Marcus Rashford daripada skuadnya.
🚨 BREAKING:
Marcus Rashford is NOT in the Manchester United squad again for today’s game against Bournemouth. #MUFC pic.twitter.com/IpgmPsu3gO
— mufcmpb (@mufcMPB) December 22, 2024
Di gelanggang keramat mereka, United ketinggalan awal selepas Dean Huiijsen menyumbat masuk bola minit ke-29.
United terus bergelut dengan pertahanan berdepan situasi bola mati.
https:/twitter.com/OptaJoe/status/1870841621866029476
Man United cuba mencari gol penyamaan dengan banyak serangan dilancarkan. Secara keseluruhan mereka melakukan 23 percubaan. Anda bayangkan betapa United berusaha untuk mencari gol.
Separuh masa kedua, United cuba meningkatkan tempo permainan. Namun mereka terus dihantui dengan masalah kesilapan individu.
United memberikan penalti kepada Bournemouth yang disudahkan oleh Justin Kluivert minit ke-61.
Ketika United terus bergelut untuk mencari gol pertama mereka, Bournemouth membunuh perlawanan ini 3 minit kemudian menerusi Antoine Semenyo menerusi gol minit ke-63.
United gagal mendapatkan sebarang gol saguhati. Peminat mereka kelihatan ramai yang keluar awal dari stadium.
Man United kini sudah bolos 17 kali di bawah kendalian Ruben Amorim dalam 9 perlawanan terakhir mereka.
🚨📉 Man United conceded 17 goals in 9 games under Rúben Amorim as new head coach.
Three (!) more today vs Bournemouth. 🍒 pic.twitter.com/53Ro26hNs7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 22, 2024
Dengan kekalahan ini United terus tersekat di tangga ke-13 dalam carta Liga Perdana Inggeris. Sementara Bournemouth terus cemerlang apabila mereka kini berada di tangga kelima yang menjanjikan slot ke eropah.
4 aksi United yang seterusnya adalah menentang Wolves pada Boxing Day. Kemudian berdepan Newcastle pada 31 Disember ini di Old Trafford. Pada 6 Januari 2025, mereka akan berkunjung ke Anfield diikuti aksi piala FA pusingan ketiga berdepan Arsenal di Emirates.