EPL: Penalti Fabinho Nafikan Kebangkitan Palace Dengan Kemenangan 3-1

Liverpool berjaya membawa pulang 3 mata dari Selhurst Park. Di mana penalti Fabinho berjaya menafikan kebangkitan Palace selepas mereka merapatkan kedudukan menerusi Edouard.

Liverpool sedar bahawa inilah peluang mereka untuk mengurangkan jurang mata yang jauh dengan City. Selepas skuad Pep Guardiola seri semalam dengan Southampton.

Virgil Van Dijk meletakkan Liverpool di hadapan menerusi tandukan selepas menerima sepakan penjuru Andy Robertson.

Tidak lama selepas itu, Liverpool meneruskan dominasi mereka dan hampir menambah gol menerusi Alex Oxlade Chamberlain. Malangnya percubaannya terkena tepi jaring.

Minit ke-22, Alisson melakukan penyelamatan penting menafikan percubaan daripada Mateta.

Andy Robertson terus menjadi punca kepada gol Liverpool. Kali ini dia berjaya manghantar bola kepada Oxlade Chamberlain dan disudahkan bekas pemain Arsenal itu.

Pemain lincah Palace iaitu Olise berjaya menggelecek Alisson. Tetapi penjaga gol Liverpool itu berjaya juga menafikan percubaannya. Ianya satu lagi peluang terbaik dipersiakan Palace.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-2 memihak pelawat.

Pada separuh masa kedua, Odsone Edouard hampir mencipta peluang menerusi serangan balas. Malangnya Connor Gallagher gagal merembat bola.

Palace datang lagi dengan ancaman seminit kemudian pada minit ke-48. Edouard kali ini benar benar mempersiakan peluang terbuka sekali lagi. Ini apabila dia melakukan backheel dari jarak dekat yang terus tepat ke arah Alisson.

Klopp ternyata tak gembira dengan apa yang disaksikannya kerana Palace benar benar memberikan mereka masalah.

Selepas beberapa kali memberikan ancaman ke gawang Liverpool, Palace akhirnya menjadikan kedudukan 1-2 apabila Edouard menyempurnakan hantaran Mateta. Kredit juga kepada Schlupp yang mencetuskan bahaya.

Perlawanan kemudian agak seimbang dan Liverpool selesa untuk tidak terlalu agresif. Akhirnya Palace memberikan penalti kepada Liverpool selepas Guaita dikatakan mengasari Jota dengan menghadang larian penyerang antarabangsa Portugal itu.

VAR mengambil masa yang lama untuk menilainya. Membuatkan penyokong Palace mengamuk.

VAR akhirnya mengesahkan ianya penalti. Fabinho tampil untuk mengambilnya dan tiada masalah untuk menyempurnakannya. Penalti tersebut benar benar membunuh sisa perjuangan Palace. Kerana ianya dilakukan pada minit ke-89

Liverpool bertahan dengan baik pada baki perlawanan dan memenangi aksi dengan 3-1.

Kemenangan ini sekurang kurangnya berjaya mengurangkan jurang mata cengan City kepada 9 mata. Dengan 1 perlawanan dalam tangan. Liverpool turut menjarakkan diri 4 mata daripada Chelsea pada wisel penamat di Selhurst Park.