Manchester United mengikat Spurs dengan gol penalti Fernandes pada separuh masa kedua.
Dalam aksi di antara kedua dua pasukan yang masih bergasak nak berebut 4 teratas, Man United memulakan aksi dengan baik.
Namun Spurs terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain baru mereka Steven Bergwijn.
Beliau melakukan larian deras dan gelecekan yang kemas serta menewaskan De Gea dengan rembatan yang dituju ke tengah.
De Gea jelas sekali hilang karakter pada ketika itu, kerana beliau tidak dapat menampan keluar bola.
Gol itu menyaksikan Bergwijn sudah menjaringkan 3 gol dalam enam aksi EPL beliau sejak menyertai kelab London Utara itu.
Steven Bergwijn has now scored 3 goals in his opening 6 Premier League games.
Settled in nicely. 🔥 pic.twitter.com/ixEKnY7nvK
— Oddschanger (@Oddschanger) June 19, 2020
Bergwijn menjadi pemain kedua dalam sejarah Spurs untuk menjaringkan 3 gol dalam setiap 3 penampilan pertama di halaman Spurs selepas Rafael Van Der Vaart pada 2010/11.
Nice goal from Bergwijn,
Maguire turning like a truck, another De Gea should’ve done better moment pic.twitter.com/1eCyxkajCB— Karim (@Futball_Karim) June 19, 2020
https://twitter.com/i/status/1274065816787447808
https://twitter.com/i/status/1274066014574120967
#bergwijn goal to make it 1-0 #coys #TOTMUN
— Together we are (@whisperozzie) June 19, 2020
Perlawanan separuh masa pertama boleh dikatakan seimbang dari segi ciptaan peluang gol.
Pada separuh masa kedua, Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Paul Pogba. Pemain tersebut jelas merindui aksi di atas padang.
Pengdil John Moss memberikan penalti untuk United. Dan ianya dimenangi oleh Paul Pogba yang dijatuhkan Eric Dier.
Tugasan itu diambil oleh Bruno Fernandes yang melakukan rembatan rendah. Beliau kini sudah terlibat dalam 6 gol United.
⚽️ 3 goals
🎯 3 assistsSince his Premier League debut, Bruno Fernandes has been directly involved in more goals than any other player in the competition.#TOTMUN pic.twitter.com/993FJFFJXb
— Goal (@goal) June 19, 2020
Man United hampir diberikan penalti kedua dalam perlawanan ini. Namun VAR menarik semula keputusan pengadil. Hal ini kerana Bruno Fernandes didapati diving, tiada contact pada kakinya.
Jose Mourinho sudah menyumpah nyumpah kat tepi padang.
United mendapat satu lagi peluang terakhir pada akhir perlawanan menerusi Mason Greenwood, namun rembatannya sedikit tersasar.
Rumusan
Perlawanan ini, Spurs harus menyalahkan diri sendiri. Mereka bertahan terlalu ke belakang pada separuh masa kedua, memberikan ruang United mara dan terus mara.
The points are shared on our #PL return.#MUFC #TOTMUN
— Manchester United (@ManUtd) June 19, 2020
Kemudian, Spurs gagal untuk melakukan serangan balas dengan taktik sit deep and counter attack.
United harus lega dengan satu mata. Kerana mereka juga berdepan masalah dengan terlalu banyak hilang bola di final third. Yang lain ok dah tu.
Walaupun ada satu aksi diving, namun Bruno Fernandes secara keseluruhannya terus menjadi konduktor kepada United.
Bruno Fernandes’ game by numbers vs. Spurs [Man Utd squad rank]:
28 final third passes attempted [1st]
14 final third passes completed [1st]
8 ball recoveries [2nd]
5 shots [1st]
3 fouls suffered [2nd]
3 shots on target [1st]
2 chances created [1st]
1 goal [1st]Main man. 🇵🇹 pic.twitter.com/60A0nJlvup
— Statman Dave (@StatmanDave) June 19, 2020
Fernandes menyatakan bahawa mereka tidak gembira. Namun ini tetap keputusan yang baik.
🗣 "We're not happy with it, but it's a good result"
Bruno Fernandes on the draw with Tottenham pic.twitter.com/IKxuf5YK62
— Football Daily (@footballdaily) June 19, 2020
Keputusan seri ini menyaksikan United dan Spurs masing masing mensia siakan peluang untuk mengatasi pesaing dalam usaha ke UCL.
Spurs lebih tertekan dengan keputusan ini kerana mereka kini berada di tangga ke-8 — kekal 6 mata di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat.
Chelsea berpeluang menjarakkan diri daripada United dan Spurs dengan lebih jauh selepas ini.