Liverpool kekal di tangga teratas EPL dengan menewaskan pasukan yang menjadi igauan ngeri pasukan big six musim ini iaitu Bournemouth.
Perlawanan di Stadium Vitality diwarnai dengan penalti kontroversi yang diberikan pengadil ke atas Liverpool.
Di mana ulang tayang menunjukkan Cody Gakpo dilihat tersandung kakinya sendiri. Pengadil dan VAR kekal dengan pendirian untuk memberikan penalti kepada The Reds.
That’s not a penalty ffs. Gakpo trips himself and goes down.
If refs are going to give decisions like this in favour of Liverpool might as well hand them the title straightaway.#BOULIV
— Vaibhav (@UTD_INEOS_ERA) February 1, 2025
Namun ada juga mempertahankan penalti tersebut memandangkan ada sentuhan awal sebelum itu. Dan pemain pemain Bournemouth tidak bersungguh sungguh membantahnya.
— Vitality Fountain (@VitalityFo35957) February 1, 2025
Mohamed Salah tiada masalah untuk menyempurnakan penalti tersebut dengan menewaskan Kepa Arrizabalaga.
Perlawanan benar benar rancak. Dengan Bournemouth memiliki keyakinan luar biasa dalam perlawanan ini. Mereka mendapat beberapa peluang keemasan namun Alisson menjadi halangan utama mereka.
Mereka juga memiliki percubaan yang terkena palang. Justin Kluivert turut terlepas peluang untuk menyumbat masuk bola dalam keadaan gawang terbuka.
Mohamed Salah memastikan 3 mata milik Liverpool dengan lencongan bersih menewaskan Kepa pada separuh masa kedua.
Tamat perlawanan, Bournemouth 0 Liverpool 2.
Skuad Arne Slot kini menjarakkan diri 8 mata daripada Arsenal dengan jumlah perlawanan yang sama.
Arsenal esok akan menentang Manchester City di Emirates.