EPL: Pickford Dan Alisson Kebal Dalam Ke-seri-an Derbi Merseyside

Liverpool membuat kunjungan dekat ke Goodison Park dalam aksi EPL.

Everton memulakan perlawanan dengan baik. Mereka mendapat peluang awal menerusi Neal Maupay.

Liverpool kemudian mencipta peluang menerusi Trent Alexander Arnold yang menyilangkan bola kepada Darwin Nunez pada minit ke-18.

Minit ke-23, pemain yang dikaitkan dengan perpindahan GBP50 juta ke Chelsea dalam jendela perpindahan lalu, Anthony Gordon melakukan rembatan mendatar yang diselamatkan Alisson dengan dakapan kemas.

Minit ke-32, Everton sepatutnya di hadapan. Kerja yang bagus dilakukan Gordon dalam kotak penalti. Dan kemudian berlaku pergelutan, Tom Davies menonjol bola yang hanya mampu dilihat oleh Alisson. Tetapi bola terkena tiang.

Liverpool memperbaiki permainan mereka. Dan turut menyaksikan peluang keemasan mereka terlepas begitu sahaja sebelum rehat separuh masa.

Darwin Nunez melakukan half volley yang ditepis pickford terus terkena palang. Diaz kemudian mengitar semua bola dan melakukan lencongan yang terkena tiang.

Tamat separuh masa pertama Everton 0 Liverpool 0.

Separuh masa kedua, Liverpool bermula dengan lebih baik. Mereka memiliki peluang menerusi perancangan baik daripada Harvey Elliot tetapi gagal disudahkan oleh Firmino.

Darwin Nunez kemudian melakukan first time shot yang terus ke dakapan Pickford.

Frank Lampard kemudian memasukkan pemain yang kembali menyertai mereka semula iaitu Idrissa Gueye. Pemain yang meninggalkan PSG untuk kembali ke Everton.

Paterson berlari dengan deras dan menerima bola di dalam kotak penalti dan seterusnya melakukan percubaan bahaya yang terbias pada Virgil Van Dijk.

Liverpool kemudian melancarkan serangan balas yang kemas. Pickford menyelamatkan percubaan Firmino.

Pickford terus menafikan 2 lagi percubaan bahaya Liverpool menerusi tandukan Firmino dan rembatan dalam kotak penalti oleh Fabinho. Pickford melakukan 3 penyelamatan luar biasa dalam 2 minit.

Everton memiliki peluang keemasan pada minit ke-65 menerusi serangan balas. Tetapi Maupay gagal menewaskan Alisson yang melakukan world class save pada minit ke-65.

Pada minit ke-69, Conor Coady – bekas pemain Liverpool – menjaringkan berdepan dengan bekas kelabnya. VAR digunakan untuk memeriksa sama ada ianya bersih atau ofsaid. Jelas sekali ianya ofsaid.

Alisson dan Pickford terus cemerlang di hadapan gawang mereka. Alisson menyelamatkan percubaan cantik daripada McNeil. Sementara Pickford menafika satu lagi percubaan jarak dekat Firmino.

Pada masa kecederaan, Mohamed Salah melakukan percubaan yang terkena tiang selepas disentuh oleh Pickford dengan save yang menarik. Itu adalah percubaan terakhir dalam perlawanan ini.

Dan kedua dua pasukan berkongsi 1 mata dengan keputusan seri 0-0.

Baca yang lain