EPL Sahkan Musim Tidak Akan Dibatalkan

Semalam Premier League telah mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar membincangkan hala tuju Liga Perdana Inggeris selepas ini.

Ini susulan daripada mesyuarat tergempar oleh UEFA sebelum ini.

Daripada keputusan mesyuarat itu, semua perwakilan sebulat suara mengundi agar liga terus dingantung sehingga sekurang-kurangnya 31 April.

Jadi, cadangan oleh Karren Brady agar musim ini dibatalkan (null and void) adalah tidak diterima.

Sebelum ini, Premier League menyatakan Liga Perdana Inggeris akan disambung semula pada 3 April ini. Namun situasi semasa dilihat tidak membenarkan perancangan itu.

Oleh itu tarikh penundaan dan penggantungan itu terpaksa dipanjangkan lagi.

Ini kerana England kini sedang berhadapan dengan ancaman wabak koronavirus. Beberapa kes turut dicatatkan oleh pemain dan jurulatih profesional di EPL.

Mesyuarat pada Khamis itu disertai kesemua wakil daripada 20 kelab Liga Perdana Inggeris.

Melalui laman rasmi mereka, EPL telah mengumumkan tarikh penggantungan Liga Perdana Inggeris dianjak sekali lagi.

Berikut adalah kenyataan mereka:

“FA, Premier League, EFL dan Badan Bola Sepak Profesional bersama-sama dengan PFA dan LMA memahami bahawa kita semua berada dalam situasi yang tidak menentu dan kami turut bersimpati dengan mereka yang terkesan dengan COVID-19.”

Premier League kemudian menyatakan pendirian mereka menyokong keputusan UEFA untuk menganjak tarikh kejohanan Euro 2020 ke tahun hadapan, tahun 2021.

“Kami secara kolektif menyokong keputusan UEFA untuk menunda Piala Eropah / Euro 2020 dan menganjakkan tarikh pertandingan domestik serta Eropah dengan jaminan integriti setiap pertandingan akan tetap terjaga.”

“Dalam peraturan dan regulasi FA mengatakan bahwa: Musim harus dihentikan tidak lebih dari 1 Jun dan setiap peratandingan boleh menentukan seberapa lama musim berjalan dengan persetujuan FA.”

“FA telah sepakat untuk melanjutkan lagi musim 2019-2020 sehingga waktu yang tidak ditentukan untuk berlangsungnya bola sepak profesional.”

“Selain daripada itu, kami semua juga sudah sepakat bahawa semua pertandingan bola sepak profesional di England akan ditunda sehingga – paling awal 30 April yang akan datang.”

“Perkembangan Covid-19 masih tidak menentu. Dan kami menegaskan sekali lagi bahawa, kesihatan, kebajikan para pemain, staf dan penyokong adalah keutamaan kami.”

“Kami akan berterusan megikuti saranan kerajaan dan bekerjasama dengan sebaik mungkin untuk memastikan situasi ini tekawal dan cuba mencari penyelesaian untuk menyambung semula musim lagi selepas keadaan membenarkan.”

“Kami juga mahu menyatakan keprihatinan kami ke atas semua yang tekesan oleh Covid-19.”

Sebelum ini UEFA ada mendengar beberapa cadangan yang mahu memendekkan musim liga. Ataupun  membatalkan sahaja musim ini.

Kedua – dua cadangan itu tidak dipertimbangkan oleh UEFA ketika ini. Kerana mereka yakin musim 2019/20 akan dapat ditamatkan.

UEFA tidak mahu ada pasukan yang dihadiahkan kejuaraan awal hanya kerana liga dibatalkan.