Liverpool turun berhadapan dengan Wolves dalam aksi EPL di Molineux. Ianya perlawanan yang ke-24 untuk Wolves dan ke-23 untuk Liverpool.
Liverpool beraksi pada malam Khamis, dan rekod sebelum ini agak meresahkan. Namun mujur musim ni diperbaiki dalam dua perlawanan terakhir pada aksi Khamis.
1 & 2 – This will be Wolves’ first-ever Premier League game on a Thursday; Meanwhile, Liverpool have won just 25% of their Premier League games on this day (2/8), though those two victories have come this season. Thor. #WOLLIV pic.twitter.com/iMD0jCFmMR
— OptaJoe (@OptaJoe) January 23, 2020
Liverpool diancam dengan sepakan percuma oleh Joao Maoutinho, yang melakukan whipped cross, namun tiada pemain Wolves yang terhubung dengannya.
Pada minit ke-8, kapten Liverpool, Jordan Henderson meletakkan The Reds di hadapan. Ianya berpunca dari sepakan penjuru Trent Alexander Arnold.
YESSSSSSSSSSSS!!!
HENDOOOOOOOOOOO!!!! pic.twitter.com/T1e9QBI8Hf
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2020
VAR mengesahkan gol itu, dan diberikan kepada Jordan Henderson. Liverpool mendahului tuan rumah dengan satu gol di hadapan.
Ianya tandukan yang sangat baik, ke near post menewaskan salah seorang penjaga gol terbaik di EPL, Rui Patricio.
https://twitter.com/i/status/1220438964626169856
Trent Alexander Arnold sekali lagi mencatatkan angka dua digit pada assist beliau. Dan sejak musim lalu, Trent Alexander Arnold sudah mencatatkan 22 bantuan gol kepada rakannya. 10 daripadanya adalah daripada sutuasi bola mati
22 – Since the start of last season, Trent Alexander-Arnold has assisted 22 @premierleague goals – at least five more than any other player – with 10 of those coming from dead balls, also a league-high. Delivery. #WOLLIV pic.twitter.com/dnQtY8UwQT
— OptaJoe (@OptaJoe) January 23, 2020
Tidak lama selepas itu, Liverpool diancam satu lagi situasi bola mati. Hantaran oleh Ruben Neves disambut oleh Doherty dalam keadaan beliau tidak ofsaid. Malangnya tandukan pemain itu tersasar.
Tidak lama selepas itu, Alisson pula melakukan kesilapan yang hampir dihukum, kerana beliau misjudge bola tinggi.
Mohamed Salah menerima bola diagonal yang cantik dari Sadio Mane.
Namun penyerang antarabangsa Mesir itu membuatkan keadaan menjadi rumit dengan memancung bola itu ke belakang, bukannya terus melakukan percubaan terus.
Mohamed Salah melakukan rembatan yang dihadang oleh pertahanan yang sudah menutup ruang.
Sadio Mane juga menerima bola cantik daripada Alex Oxlade Chamberlain, namun bola kawalan beliau berjaya dipintas oleh pertahanan lawan.
Masuk minit ke-31, Sadio Mane menuju ke arah petugas perubatan menyatakan beliau tdak dapat meneruskan perlawanan.
Pemain baharu Liverpool, Takumi Minamino diberikan debut Liga Perdana Inggeris beliau yang pertama.
Minamino menggantikan Sadio Mane secara terus dari segi posisi. Tiada perubahan. Di mana beliau bermain di sayap kiri.
33' – We're forced into a change, as Minamino replaces Mane.
[0-1]#WOLLIV
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2020
Pada minit ke-37, Raul Jimenez melakukan rembatan rendah yang tersasar.
5 minit kemudian, Jimenez sekali lagi memiliki peluang gol, namun rembatan lencong beliau dihadang dengan cemerlang oleh Virgil Van Dijk.
Pada masa kecederaan Mohamed Salah melakukan larian solo yang cantik namun sayangnya rembatan akhir beliau dihadang.
Separuh masa pertama tamat 1-0 memihak Liverpool.
Bersambung babak kedua, Liverpool mendapat peluang awal. Kesilapan oleh Adama Traore, bola diampas Mo Salah, namun Rui Patricio melakukan tepisan yang baik.
Wolves mendapat peluang menerusi Pedro Neto hasil serangan balas, namun rembatan beliau dihadang.
Selepas beberapa peluang dicipta oleh Wolves, akhirnya Liverpool bolos jua. Satu serangan yang digerakkan oleh Adama Traore, disudahkan oleh Raul Jimenez. Ianya tandukan yang sangat baik.
Rekod tanpa bolos Liverpool sekian lama, akhirnya berakhir.
725 – Raúl Jiménez's goal has ended a run of 725 minutes without conceding a Premier League goal for Liverpool since Richarlison scored for Everton at Anfield exactly 50 days ago. Breached. #WOLLIV pic.twitter.com/MQVqTq1yBs
— OptaJoe (@OptaJoe) January 23, 2020
Molineux bergema dan keyakinan penyokong tuan rumah telah menaik mendadak.
Firmino mendapat peluang gol pada minit ke-59, namun rembatan beliau tepat ke arah Rui Patricio.
Pada minit ke-65, Adama Traore menguji Alisson dengan rembatan deras. Namun penjaga gol Brazil itu melakukan save yang menyelamatkan gawang Liverpool.
3 minit kemudian, Jimenez melepasi perangkap ofsaid. Alisson menyelamatkan bola sekali lagi.
Minit ke-82, Roberto Firmino memiliki peluang keemasan. Namun Rui Patricio melakukan save kelas dunia menafikannya.
Pada minit ke-84, Molineux bergema dengan sorakan penyokong pelawat. Mereka meraikan gol Roberto Firmino.
Sekali lagi Henderson memberikan sumbangannya dalam gol, dengan mencipta assist untuk gol tersebut. Mana lagi kau nak cari kapten kacak dan power macam ni.
Rekod unik Firmino dengan menjaringkan gol kesepuluh beliau, dan kesemuanya di away. Nak makan di luar saje.
He loves an away goal and Roberto Firmino has done it again!
His 10th goal of the season in all competitions and they've all come away from Anfield.
Wolves 1-2 Liverpool
LIVE: https://t.co/QqUVxX977W #WOLLIV #bbcfootball pic.twitter.com/2sg25IV1Yq
— Match of the Day (@BBCMOTD) January 23, 2020
Pda masa kecederaa Jota memiliki peluang keemasan di depan gol. Namun gagal menyudahkannya. Meroyan Nuno Espirito di bangku simpanan.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Liverpool. Cemas juga game ni.
Liverpool kembali dengan 16 mata di atas Manchester City di puncak liga.
MOTM pastinya Hendo. 1 gol 1 Assist.