Wout Faes menjadi wira yang tidak diduga oleh peminat Liverpool pada aksi terakhir mereka 2022.
Liverpool sekali lagi menunjukkan aksi kurang memuaskan di Anfield.
Ketinggalan seawal minit ke-4 menerusi Kiernan Dewsbury-Hall yang bergerak bebas dengan ruang dan masa yang banyak diberikan pertahanan Liverpool.
Alisson tidak berdaya untuk menafikan percubaan jarak dekat pemain itu.
Gol itu seolah olah petanda bahawa Liverpool akan menelan satu lagi keputusan tidak diingini musim ini.
Namun ianya berubah!
Nasib Liverpool telah bertukar daripada malang menjadi bertuah.
Ini kerana pemain Leicester sendiri iaitu Wout Faes telah menjadi βwiraβ tak disangka sangka.
Dia menjaringkan 2 gol daripada jaringan sendiri untuk menafikan pendahuluan oleh rakannya. Dan kemudian meletakkan pasukan lawan di hadapan pada minit ke-45.
Semua itu berlaku dalam jarak 7 minit sahaja di Anfield.
Menjadikan Wout Faes sebagai pemain keempat dalam sejarah EPL yang menjaringkan 2 jaringan sendiri dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Wout Faes joined an unfortunate list with two own goals. #MyPLMorning pic.twitter.com/VbLFEPGkAW
β NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) December 30, 2022
Jaringan sendiri pertama Faes berpunca daripada hantaran lintang rendah Trent Alexander Arnold.
Sebenarnya, bola tersebut sedang menuju ke arah Danny Ward yang di posisi terbaik untuk memenanginya berbanding pemain pemain Liverpool.
Namun tidak semena mena, Wout Faes memintas bola itu dengan usaha clearance yang lemah dan terus melepasi Ward pada minit ke-38.
7 minit selepas itu, Faes telah menjaringkan satu lagi own goal. Kali ini lebih teruk.
Dia telah melakukan clearance yang bukan bukan di hadapan gol sendiri dengan tertolak bola sampai masuk ke gawangnya.
Ianya berpunca daripada sungkitan Nunez yang terkena tiang. Penyerang Uruguay itu sudah melompak kekecewaan, namun kemudian meraikannya kerana melihat Faes menampan bola masuk pada minit ke-45.
Pada separuh masa kedua tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan. Namun penyokong yang hadir di Anfield menjerit shooot! setiap kali Faes menerima bola.
Jelas sekali ianya adalah malam perlawanan untuk dilupakan oleh Wout Faes.
π§πͺ Wout Faes v Liverpool:
β’ 2 own goals
β’ 1 foul committed
β’ 0 shots
β’ 0 tackles wonA game to forget. π pic.twitter.com/DxzcHKOO3A
β Andy's Bet Club (@AndysBetClubUK) December 30, 2022
Liverpool menang 2-1. Saksikan sorotan perlawanan di sini, dengan 2 gol yang mengejutkan ke gawang sendiri oleh Faes.
Β
https://youtu.be/WA5XkP9qr2c