Erik Ten Hag Cipta Sejarah Baru

Erik Ten Hag akhirnya memberikan kemenangan ke-20 dalam EPL dalam semusim buat Man United.

Dan ianya adalah buat pertama kalinya United melakukannya sejak 2010/11.

Man United menang 2-0 ke atas Wolves dalam usaha mereka menguatkan aspirasi 4 teratas dan kembali beraksi di UCL musim hadapan.

Anthony Martial dan Alejandro Garnacho menjadi penjaring gol kemenangan buat Manchester United.

Sejak tiba di Man United, Erik Ten Hag benar benar telah mengubah pasukan itu ke arah lebih baik.

Walaupun pada satu ketika dia berdepan dengan penentangan kuasa pemain daripada mega star Cristiano Ronaldo.

Namu  Ten Hag menggunakan kuasa pengurusnya untuk menyingkirkan Ronaldo daripada pasukannya. Dan membuatkan kelab menamatkan kontrak pemain itu atas persetujuan bersama.

Seterusnya, dari segi taktikal, Ten Hag menjadikan Man United pasukan yang ada identiti taktikal yang lebih baik.

Sistem permainan dengan binaan dari belakang serta sistem bermain dengan bola lebih banyak.

Kini Man United mengikat Newcastle dengan jumlah mata yang sama. Dengan Man United hanya berada di tangga keempat kerana perbezaan jaringan.

United dan Newcastle kini 4 mata di atas Liverpool yang berada di tangga kelima dengan baki 3 lagi perlawanan EPL musim ini.

Pastinya United sedar bahawa mereka tidak perlu melepaskan slot 4 teratas kepada musuh tradisi mereka itu.

Erik Ten Hag dan United masih dalam perebutan 1 lagi piala domestik iaitu Piala FA.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.