Erik Ten Hag mengakui dia bertanggungjawab di atas kekalahan memalukan pasukannya di tangan Newcastle walaupun pasukan lawan mereka itu hadir dengan skuad tempang.
Kekalahan 3-0 dianggap terlalu berat untuk diterima peminat. Dengan United mencatatkan kekalahan kelapan mereka setakat ini daripara 15 perlawanan dalam semua pertandingan.
Juara bertahan Piala Carabao itu tewas dalam aksi ulangan final musim lalu. Namun Ten Hag memberikan jaminan kepada peminat Man United bahawa dia akan membangkitkan Man United.
Ini adalah pertama kali United kalah dua kali berturut turut di Old Trafford dengan 3-0 sejak 1962. Ten Hag berkata: “Jadi saya adalah seorang pejuang [fighter] dan saya tahu ia tidak selalunya akan naik ke atas dan kami mempunyai banyak halangan musim ini,” kata pengurus asal Belanda itu.
“Tetapi anda juga perlu menghadapinya dan itu tidak pernah menjadi alasan. Saya pernah cakap begitu. Saya tahu apabila terdapat kemunduran tetapi walaupun begitu anda perlu mendapatkan hasil.”
“Ahad [dan] malam ini jauh dari itu jauh daripada diri kami sebenar, dan kami perlu melakukan perkara yang betul pada tahap tertentu, tahap minimum untuk memenangi perlawanan.”
Ten Hag ditanya mengenai kritikan dari luar kelab daripada pundit yang mempersoalkan keupayaannya menguruskan United.
🚨 Ten Hag on future: “I'm a fighter. I’m confident I can do it, but at this moment we are in a bad place”.
“I take responsibility — but I see it as a challenge. I have to stick together with my players and fight together”, says via @ChrisWheelerDM. pic.twitter.com/ykV2IIjLBT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 1, 2023
Beliau berkata: “Saya faham apabila keputusan itu menghampakan, ia juga proses logik bahawa mereka mempersoalkan perkara itu. Tetapi saya yakin saya boleh melakukannya. Di semua kelab saya, saya telah melakukannya dan tahun lepas di sini saya juga melakukannya, tetapi pada masa ini kita berada di tempat yang teruk. Saya bertanggungjawab untuknya.”
“Saya melihatnya sebagai satu cabaran. Saya seorang fighter dan saya berada dalam pertarungan itu dan saya perlu memastikan bahawa saya berkongsi tanggungjawab dengan pemain saya dan kita tetap bersama dan berjuang bersama, dan mendapat keputusan yang lebih baik.”
Gol daripada Miguel Almirón, Lewis Hall dan Joe Willock semuanya disebabkan oleh kelemahan pertahanan United.
“Ia adalah di bawah standard yang semua orang jangkakan daripada Manchester United. Ia tidak cukup baik setakat ini. Kita kena betulkan. Ia adalah pasukan saya dan mereka tidak beraksi dengan baik,” kata Ten Hag.