Erik Ten Hag Kecewa Pemain Cepat Hilang Fokus: โ€œSaya Dah Cakap Dahโ€

Erik Ten Hag sebenarnya sangat kecewa dengan pasukannya yang cepat hilang fokus setiap kali selepas menjaringkan gol.

Dalam aksi berdepan dengan Galatasaray, bukan sekali tetapi dua kali mereka terus dibolosi lawan sebaik sahaja menjaringkan gol.

Ianya sepatutunya menjadi malam eropah terbaik untuk Rasmus Hojlund yang menjaringkan 2 gol dan hampir sahaja mencetak hatrik. Salah satu golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Hojlund menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan ini dan menjadi perkara terbaik buat peminat untuk bincangkan walaupun secara keseluruhannya aksi yang mengecewakan daripada pasukan berdasarkan keputusan yang dicatatkan.

Galatasaray tak pernah menang di mana mana kunjungan mereka ke England dalam sejarah penubuhan kelab itu lebih 100 tahun.

Namun kali ini mereka menang 2-3 di Old Trafford. Dengan Wilfried Zaha membalas gol pembukaan Rasmus Hojlund hanya selepas enam minit.

Seterusnya Arkturkoglu membalas satu lagi gol Hojlund hanya selepas 4 minit ia dijaringkan. Man United hampir melepaskan 1 gol lagi kemudian apabila Andre Onana melakukan hantaran yang terus kepada Dries Mertens. Memaksa Casemiro menjatuhkan pemain itu dalam kotak penalti.

Walaupun penalti tidak masuk, namun United terpaksa bermain 10 pemain kerana Casemiro dilayangkan kad merah.

Ketika United rancak mencari gol kemenangan, akhirnya Mauro Icardi men-chip bola melepasi Onana. Prestasi Icardi bersama Galatasaray terus cemerlang sejak menyertai kelab itu.

Bercakap kepada wartawan MUTV selepas tamat perlawanan Ten Hag menegaskan sebenarnya dia dah memberitahu pemain akan perkara itu. Namun ternyata mereka tidak berdisiplin dalam bertahan dan cepat hilang fokus selepas menjaringkan gol.

โ€œYa sudah tentun, itulah isunya [terus dibolosi selepas menjaringkan gol], saya dak cakap kepada pasukan dah sebelum ini.โ€

โ€œDan selepas kamu menjaringkan gol, dan kamu bolos, kamu jangan sesekali bolos serta merta memberikan lawan gol penyamaan selepas menjaringkan gol.โ€

โ€œAtau selepas menjaringkan gol kedua, kamu harus kekal kompak ketika bertahan, kekal fokus dan laksanakan tugas kamu sepanjang perlawanan.โ€

Penjaring gol United, Rasmus Hojlund juga akui terkilan dengan cara mereka kalah terutama sekali selepas mereka mendahului 2 kali dan diikat serta merta dalam kedua dua pendahuluan itu.

Hojlund berkata: โ€œYa, kami harus ingat bahawa kami tak boleh dibolosi serta merta selepas kami menjaringkan gol.โ€

โ€œSekarang ni kami ada beberapa lagi perlawanan di mana kami bolos sebaik sahaja kami menjaringkan gol. Jadi kami harus kembali [ke pusat latihan] dan menganalisis ianya esok. Serta berbincang di dalam kumpulan kami.โ€

โ€œDan dah tentu, ianya fasa yang agak sukar pada masa ini, namun kita semua harus bersatu padu โ€“ kerana itu satu satunya cara kita boleh mengeluarkan diri daripada fasa ini.โ€

ย