Erik Ten Hag berkata, pasukannya adalah mangsa yang menerima kesan paling kuat daripada penjadualan yang teruk.
Ianya memberikan impak kepada prestasi pasukannya pada masa ini. Di mana selepas Februari, Man United dilihat mengalami sedikit penurunan.
Menurut Ten Hag, mereka bergelut untuk berhadapan dengan jadual yang terlalu padat dan tak teratur.
Misalnya ketika menntang Brighton, mereka hilang fokus pada minit akhir masa kecederaan dan memberikan penalti minit akhir kepada pasukan itu.
Menyebabkan mereka kalah tipis 1-0.
Namun mereka tetap mampu untuk mengatasinya dengan kekuatan fizikal dan mental yang ada pada pasukan mereka.
Ten Hag berkata: “Jadual terlalu padat melibatkan Manchester United telah memberikan kesan kepada prestasi kelab musim ini.”
“Kami adalah pasukan yang paling tidak beruntung daripada penjadualan ini berbanding pasukan lain.”
“Aksi menentang West Ham adalah jadual yang paling teruk melibatkan Man United.”
“Kami menunjukkan bahawa kami boleh menghadapi perkara ini untuk sepanjang musim ini. Kami kuat secara fizikal dan juga mental.”
Erik Ten Hag cuba memainkan kesebelasan terbaiknya sepanjang musim ini. Dan kurang membuat penggiliran dalam pasukan. Itu dilihat antara sebab kenapa Man United mulai merasai impak daripadanya.
Ditanya bagaimana dengan jadual Man United musim hadapan, jika mereka layak ke UCL?
Ten Hag menjelaskan bahawa, layak ke UCL akan memberikan kelebihan yang besar berbanding beraksi di UEL dan UECL.
“Ianya akan memberikan pasukan kelebihan yang sangat ketara jika bermain di UCL. Kerana kamu akan melalui minggu minggu yang lebih baik.”
Manchester United bertekad mahu menamatkan musim ini di kedudukan 4 teratas.
Ketika ini Man United hanya 1 mata di atas Liverpool berada di tangga keempat berbanding dengan musuh tradisi mereka yang berada di tangga kelima.
Namun Man United memiliki 2 perlawanan dalam tangan berbanding Liverpool.
Jadi, Man United masih mengawal persaingan di tangan mereka sendiri.