Erik Ten Hag Puji Prestasi United Dan Persoalkan Kenapa Pengadil Tak Beri Penalti

Manchester United agak bernasib baik ketika menang pada perlawanan pertama menentang Wolves. Dengan aksi tangkas Onana dan tandukan pemain pertahanan Raphael Varane memberikan mereka kemenangan 1-0.

Namun berdepan Spurs, mereka terus tumpul di hadapan gol dan kali ini nasib tidak menyebelahi mereka lagi.

Tottenham menang bergaya 2-0 ke atas Manchester United. Dalam aksi bola sepak berkualiti tinggi dan terbuka daripada kedua dua pasukan.

Spurs menjaringkan 2 gol mereka pada separuh masa kedua menerusi Pepe Matar Sarr dan gol sendiri oleh Lisandro Martinez.

Spurs melakukan 17 percubaan ke arah gol dan Man United dengan 22 percubaan.

Ianya sudah cukup untuk anda bayangkan betapa rancaknya perlawanan ini dari segi aksi serang menyerang.

Tottenham yang kehilangan Harry Kane sebelum ini sedar untuk menang perlawanan seperti ini mereka harus ampuh dan berani secara berpasukan dan itu berjaya mereka lakukan.

Man United pula berdepan dengan isu ketumpulan di hadapan gol.

Erik Ten Hag memuji prestasi pasukannya dan mengkritik mutu pengadilan. Kerana dia merasakan pasukannya berhak mendapat sepakan penalti dalam perlawanan ini.

Sebelum ini Ten Hag menjadi satu satunya individu yang mempertahankan pengadil ketika aksi menentang Wolves. Selepas ketua pengadil elit, Jon Moss mengakui bahawa Wolves seharusnya mendapat penalti daripada kesilapan Onana.

Kegagalan pengadil memberikan penalti kepada Wolves membuatkan 3 pengadil termasuk 2 pengadil VAR digantung tugasan minggu ini.

Pengurus Wolves Gary O’Neil dikenakan kad kuning kerana mempertikaikan keputusan pengadil pada masa itu.

Dan kali ini Ten Hag pula mengkritik pengadil. Cuma ianya dilakukan selepas tamat perlawanan.

Ten Hag berkata: “Ianya persembahan yang sangat baik pada separuh masa pertama, cuma kami gagal menjaringkan gol. Kami berhak mendapatkan penalti. Ia jelas sekali penalti. Dan saya tak tahu kenapa kami tidak mendapatnya.”

“Kemudian kami agak ‘switched off’. Awal separuh masa kedua tidak bagus, dan ianya adalah sangat tidak perlu untuk melepaskan gol pertama seperti itu.”

“Kami tidaklah jatuh, namun apabila kamu kalah, ianya sentiasa tidak bagus. Kamu harus merenung diri kamu di cermin.”