Erik Ten Hag Yakin Dapat Antony Sebagai Pemain Pertamanya Dibelinya Di Old Trafford

Manchester United dikatakan sedang berunding dengan pemain sayap Ajax, Antony untuk kemungkinan membelinya dari Ajax.

Menurut Raul Moura dan Thiago Fernandes (Goal), delegasi wakil pemain itu telah terbang ke Eropah untuk berunding syarat peribadi dengan United.

Laporan itu menyatakan: “Tujuan perjalanan adalah untuk mempercepat, dan mungkin untuk memuktamadkan perjanjian, kemungkinan perjanjian antara pemain dan kelab Manchester United.”

Ia juga menyebut bahawa Antony boleh menjadi pemain pertama yang dibeli Manchester United pada musim panas ini. Sekaligus menjadikannya pemain pertama dibeli pada era Erik Ten Hag.

Pemain sayap Brazil itu dijangka menelan belanja €60 juta, dengan United berusaha untuk mencapai persetujuan dengan Ajax dan juga dengan pemain tersebut.

Masa depan Antony akan ditentukan dalam beberapa hari akan datang.

Manchester United mempunyai hubungan baik dengan Ajax dan mempunyai kelebihan tambahan Erik ten Hag yang merupakan bekas pengurus Ajax.

Antony adalah pemain yang menyerlah dalam pasukan Ten Hag dan mendapat pujian untuk persembahan cemerlangnya. Dia dibeli dengan harga sangat rendah dan memberikan impak luar biasa.

Pemain Brazil itu menjaringkan 12 gol dalam 33 perlawanan selepas itu dia mengalami kecederaan buku lali yang menyebabkan dia diketepikan untuk baki musim ini.

Dengan Liverpool kelihatan meyukarkan usaha United untuk mendapatkan Darwin Nunez, United boleh melihat untuk merombak strategi perpindahan mereka dan menandatangani Antony.

The Red Devils pemain sayap yang boleh beroperasi di sayap kanan. Sebelum ini mereka mahu menjadikan Jadon Sancho sebagai pemain sayap kanan untuk digandingkan dengan Rashford yang biasanya bermain di sayap kiri. Namun pemain itu lebih selesa beraksi di sebelah kiri.

Jadon Sancho kelihatan akan menjadi pesaing Rashford untuk posisi sayap kiri. Ini ditambah dengan masa depan tidak menentu melibatkan Marcus Rashford yang sebelum ini sudah membayangkan bahawa dia kemungkinan tidak akan melanjutkan kontrak di United.

Dengan menandatangani Antony, United akan mendapat barisan hadapan yang seimbang, dengan kreativiti di kedua-dua sayap.

Antony sebelum ini pernah memberikan bayangan bahawa dia akan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Erik Ten Hag sekali lagi jika ada kesempatan.

Baca yang lain