Erling Haaland: “Inspirasi Paling Penting Saya Ialah CR7”

Erling Haaland kini menjadi antara pemain terbaik di dunia terutama sekali di posisinya. Baru baru ini Haaland diundi sebagai pemain kedua terbaik dalam Anugerah Ballon d’Or 2023. Di belakang Lionel Messi.

Musim lalu Haaland membantu Man City menjuarai treble. Dan dia menjaringkan gol yang sangat banyak untuk menjadi pemenang kasut emas Eropah.

Musim ini, Haaland meneruskan kecemerlangannya bersama Man City. Dan sudah tentunya dia ada idola di dalam kariernya. Beberapa tahun lalu Haaland mengakui idolanya ialah Michu. Pada masa dia kecil dia mahu dipanggil dengan nama Michu kerana meminati penyerang itu.

Haaland minat abang Do

Apabila bercakap soal inspirasinya pula, Haaland baru baru ini mendedahkan inspirasi nombor satunya ialah legenda Manchester United dan Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo.

Bercakap kepada wartawan, Haaland berkata: “Seingat saya, saya dulu selalu menonton Cristiano Ronaldo di YouTube untuk melihat gerakan dia di dalam kotak penalti.”

“Dia melalukan 2, 3 gerakan sebelum dia menyerang ruang yang dia mahu berada di dalam kotak penalti. Ianya adalah situasi duel dengan bek tengah dalam kotak penalti, untuk memenangi ruang itu. Sangat penting untuk memastikan kamu berada di masa dan tempat yang tepat. Kedudukan kamu harus di zon terbaik.”

“Cristiano Ronaldo adalah inspirasi paling penting untuk diri saya sebagai penyerang.”

“Dia adalah teras kepada pasukan. Cara dia bergerak, cara dia mengembangkan permainan pasukannya. Kamu ingat lagi tak semas adia bermain untuk Manchester United dan kemudian tahun tahun awal di Real Madrid, dia terpaksa mengubah perananannya kepada striker utama di Real Madrid [berbanding di United].”

“Sangat luar biasa sekali dia berjaya melakukannya dan dia menjaringkan gol yang banyak pada masa tu. Dengan gerakan ringkas dalam kotak penalti sudah cukup untuk dia menipu pertahanan.”

Rekod semasa Haaland bersama Norwaya, dia sudah menjaringkan 27 gol daripada 28 kaps. Sementara dulu Abang Do memerlukan 82 perlawanan untuk mencapai angka gol yang sama. Namun selepas itu Ronaldo terus memecut laju dan menjaringkan 127 gol dalam 203 perlawanan untuk negaranya. Menjadi penjaring gol antarabangsa terbanyak sepanjang zaman.

Haaland tak faham kenapa dia barai dalam tandukan

Walaupun dia tinggi lampai namun Haaland sebenarnya ada kelemahan dengan kepalanya. Dia cuma menjaringkan purata 1 gol dengan kepala daripada 182 gol pertamanya. Haaland sendiri tidak faham kenapa dia teruk sangat dengan tandukan. Dan percaya pengalaman akan meningkatkan kualiti tandukannya. Dan dia terus belajar.

“Ini perkara yang saya boleh belajar, namun saya percaya, semakin banyak kamu bermain semakin banyak pengalaman yang akan membantu kamu. Saya belajar tentang timing melakukan tandukan ketika di Molde bersama Mark Dempsey dan Solskjaer. Namun saya masih tak faham sangat tentangnya.”

“Pada masa itu saya muda sangat, sebab tu susah saya nak faham. Selepas beberapa tahun belajar saya baru mengerti, kamu harus melompat lebih awal, lebih awal daripada pertahanan dan kemudian tanduk ke sudut paling jauh dari jangkauan penjaga gol.”

Haaland pastinya harus belajar teknik melompat lebih awal dan cuba mengapungkan diri selama mungkin di udara untuk memenangi bola sama seperti idolanya Abang Do.

 

Baca yang lain