Erling Haaland Pilih Borussia Dortmund

Penggempur muda sensasi RB Salzburg Erling Braut Haland akhirnya sah milik Borussia Dortmund.

Perkara itu diumumkan oleh Borussia Dortmund sebentar tadi menerusi laman rasmi kelab mereka dan juga media sosial rasmi.

Dia senang cerita la, budak ni menjadi sasaran hampir kesemua pasukan di Eropah kerana kualiti beliau pada usia muda.

Erling kini antara penyerang terbaik di Eropah, berdasarkan prestasi beliau di UCL.

Haland menjadi sasaran beberapa pasukan lain termasuk Man United dan kemudiannya Juventus.

Erling Haland setuju dengan kontrak sehingga 2024. Beliau akan melakukan debut bersama Borussia Dortmund pada Januari akan datang.

2 hari lagi la tu. Namun buat masa ini tiada butiran lebih lengkap daripada perpindahan pemain ini.

Tetapi sumber di Itali sebelum ini menyatakan tanda harga pemain itu bermula sekitar £30 juta.

Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan pemain itu mahu bermain di bawah Ole Gunnar Solskjaer yang pernah menjadi gurunya di Norway sebelum ini.

Haland pernah datang ke Manchester beberapa hari lalu. Namun beliau menafikan kerana berbincang dengan Man United.

Sebaliknya datang ke sana untuk bercuti bertemu dengan kawan-kawannya di England. Ayahnya ada rumah di England.

Namun Erling Haland memang sedang dalam proses untuk berpindah ke kelab dan liga lebih besar.

Juventus pada awalnya dilihat sudah berjaya mencantas Man United dalam perebutan Erling Haland.

Beliau meminta jaminan untuk bermain dalam kesebelasan utama jika mana-mana pasukan mahukannya.

Juventus dan Man United dikatakan sedia menawarkan beliau tetapi Borussia Dortmund dilihat akan memberikan beliau lebih banyak minit.

Oleh itu, Borussia Dortmund dilihat destinasi terbaik untuk Haland ketika ini.

Erling Haland merupakan target man yang lasak. Beliau laju dan memiliki kemampuan yang bagus dalam sistem taktikal.

Beliau memiliki rekod jaringan yang sangat baik di peringkat remaja dan juga di pentas seperti Liga Juara Juara Eropah.

Haland menjadi pemain kedua dilepaskan RB Salzburg untuk perpindahan Januari selepas Takumi Minamino sebelum ini. Minamino dijual ke Liverpool, dengan harga murah kerana klausa pelepasan pemain itu cuma £7.25 juta.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di