Eropah Haramkan Rokok Menthol Kerana Ia Punca Ramai Remaja Mulai Merokok

Kesatuan Eropah kini semakin drastik dalam memerangi perokok bawah umur. Salah satu cara yang mereka ambil adalah dengan mengharamkan penjualan rokok menthol.

Bermula 20 Mei 2020, sebarang produk rokok dengan rasa menthol akan dikeluarkan daripada rak jualan untuk menghentikan golongan muda daripada merokok.

Pengharaman ini adalah berdasarkan peraturan oleh undang-undang EU Tobacco Product Directive. Selain daripada rokok menthol, rokok saiz kecil juga akan diharamkan.

Philip Morris, pembuat beberapa jenama rokok terkemuka termasuk Marlboro, antara yang sedang berusaha mencabar undang-undang itu.

Philip Morris dilaporkan sudah mengeheret kes ini ke mahkamah rayuan European Court of Justice. Namun usaha beliau itu ditolak.

Yayasan kebajikan anti rokok, Action on Smoking and Health (ASH), menegaskan bahawa, usaha mengharamkan rokok menthol ini akan membantu mengurangkan ketagihan rokok di kalangan remaja.

Jurucakap kepada ASH berkata kepada Liverpool Echo: “Selepas ini tiada lagi pihak yanng boleh menghasilkan atau mengedarkan rokok ataupun rokok tembakau gulung dengan perisa yang boleh menarik golongan muda untuk merokok.

ASH menuduh, syarikat rokok menggunakan teknik penghasilan rokok yang memiliki aroma tertentu, serta rasa yang tertentu untuk menarik golongan muda agar merokok.

Buat masa ini, rokok menthol hanya dijual dalam pek 20.

Jurucakap ASH, Amanda Sanford berkata: “Rokok sudah mahal sekarang ini. Kenaikan harga yang tinggi adalah sebab orang berhenti merokok.”

“Dengan mengharamkan penjualan rokok 10 batang bermakna para perokok perlu mencari duit lebih untuk membeli 1 pek rokok.”

“Jika ada pek yang lebih kecil, orang muda dan juga golongan yang bependapatan rendah akan membelinya.”

“Hari ini, membayar £3 atau £4 [RM16-RM22] untuk sepaket rokok 10 batang bukannya masalah besar bagi mereka untuk mengeluarkan duit dari poket.”

“Ramai yang sukar menghisap rokok pada awalnya. Namun apabila sudah beberapa kali merokok, mereka akan menjadi ketagih.”

“Ada bukti yang menyatakan bahawa roko menthol adalah lebih nyaman untuk mereka hisap dengan adanya perasa bagi mengurangkan rasa kasar pada rokok.”

“Ini yang membuatkan ramai golongan muda memiliki menthol kerana lebih senang untuk dihisap.”

“Dan kami nak katakan, ianya adalah mitos semata-mata menyatakan rekod menthol lebih baik untuk kamu berbanding rokok biasa.”

“Semua produk rokok itu memudaratkan dan tiada bezanya dengan rokok menthol.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai