Escobar Fold 1: ‘Smartphone’ Lipat Mampu Milik Yang Hanya Hancur Kerana Api

Adik mendiang Pablo Escobar telah melancarkan telefon boleh lipat yang bakal menyaingi Samsung Galaxy Fold, Huawei Mate X serta Motorolla Razr.

Menurut laporan CNN, telefon pintar Escobar itu sangat lasak dan hanya boleh hancur kerana api. Dan mereka memang menghasilkan telefon pintar mampu milik untuk melawan Samsung Galaxy Fold.

Selepas beberapa tahun adik Pablo Escobar bekerja sebagai akauntan bagi kartel dadah di Medellin.

Dan kini dia mulai meneroka bidang perniagaan yang baharu iaitu penjualan telefon pintar.

Roberto Escobar, 71, kini melabur dalam syarikat Escobar Inc. untuk pembuatan telefon pintar.

Seterusnya, mereka memulakan projek telefon pintar lipat diberikan nama Escobar Fold 1, sempena nama abangnya.

Dalam kenyataan medianya, mereka mengiktiraf bahawa telefon pintar mereka adalah yang memiliki paparan skrin paling lasak.

Adakah Jerry Rig Everything lepas ni sanggup mencabar kenyataan ini?

CEO, Olof Gustafsson memberitahu CNN bahawa skrin itu dihasilkan daripada plastik berkualiti tinggi dan sangat sukar untuk dipecahkan.

Escobar Fold 1 boleh dibeli dengan harga serendah $349 ataupun RM1,500 sahaja. Telefon pintar tersebut dipacu oleh Android.

Jauh lagi rendah daripada Samsung Galaxy Fold yang korang kena sediakan sekitar RM7,700.00 macam tu la kalau beli kat Lazada.

Gustafsson berkata: “Telefon kami sudah melalui beberapa sesi ujian lasak. Hanya ada 1 cara untuk menghancurkan telefon kami adalah dengan membakarnya.”

“Rasanya purata untuk telefon terbakar sangat rendah.”

Bagi anda yang membeli telefon Escobar Fold 1 ini, anda akan mendapat telefon pintar dengan skin yang sangat eksklusif. Dan wallpaper ‘default’ gambar mendiang Escobar. Korang tukar la cepat-cepat.

Sebagai maklumat, syarikat adik Pablo Escobar ini, ataupun milik Roberto Escobar ini sudah ditubuhkan pada 1984.

Roberto Escobar, telah mengubah wang yang diberikan abangnya itu membentuk syarikat perlaburan dan dinamakan Escobar Inc.

Video promosi dia pun dah keluar wei. Tapi 18 tahun ke atas la, dan lain macam sikit.

Korang boleh tengok dekat sini video tambahan. Nampak macam power wei. Mamposlah Samsung dan Huawei macam ni.

Nah untuk spec:

Brand– ESCOBAR
Model– FOLD 1
Device Type– Android Foldable Smartphone
CPU– Octa-Core 2.8GHz Clock Speed
Chipset– Qualcomm Snapdragon 8 Series, 8150, 64-bit Processor
GPU– Qualcomm Adreno 640
Camera– 16 Megapixels f/1.8 + 20 Megapixels f/1.8 for Both Selfie & Back Photos, Dual LED Flash, Optical Image Stabilize
Memory– RAM- 6GB/8GB LPDDR4X | ROM 128GB/512GB External Memory Supported Up to 256GB
Display (Two)– Screen size 7.8-inches Flexible, AMOLED, FHD+ (1920 x 1444 Pixels), 4:3 Aspect Ratio (expanded mode), 308PPI
Battery– Non-Removable 4,000 mAh Lithium-Polymer, 5V/5A
SIM– Dual SIM (Nano-SIM + Nano-SIM)
Sensors– Fingerprint Sensor, Ambient light, Proximity, Accelerometer, Multi-axis gyro, Compass, Hall effect sensor, Barometer
Color– Black
Operating System– Android 9.0
I/O Interface– 1 x Nano SIM Card Slot, 1 x Nano SIM Card Slot, 1 x microSD card Slot, Type-C USB Port, Type-C to 3.5mm Audio Out Port, Power Button, Volume Button, Microphone
Dimensions– 134 mm x190.35 mm x 7.6 mm
Weight– 320 Grams (with Battery)
Variant – 6GB/128GB, 8GB/512GB
More Features– Foldable AMOLED Screen, Protection, LTE Cat-18, Fingerprint Scanner, Dual Camera, Dual SIM, Big Size Screen, HD Sound, USB Type-C, Loudspeaker, BDS, Bluetooth 5.1, Dual-Band Wi-Fi, 4:3 Ratio, Fast Charger, Noise Cancellation, Document Editor, 5V/5A Charger Output Power, VoLTE Support.

Korang yang nak beli, boleh la pergi ke laman web: Escobar Inc.

Lain macam sikit website dia. Tapi ada maklumat tentang produk. Btw, hanya 100,000 unit sahaja dikeluarkan dan semua pembelian secara online. Kira macam edisi terhad la.

Pablo Escobar pernah menjadi penyeludup dadah terbesar di dunia, di mana mereka pernah menyelup sekitar 80% dadah ke seluruh dunia ketika era lewat 70-an dan 80-an.

Forbes pernah menyenaraikan nama Pablo Escobar sebagai billionaire pada 1987-1993. Pablo Escobar ditembak mati di tempat kediamannya di Medellin.

Roberto pula menyerah diri kepada pihak polis pada 1992 yang menyebabkan kartel di Medellin itu lumpuh.

Roberto meringkuk dalam penjara selama 10 tahun atas kesalahan berkaitan dadah.

Selepas bebas, dia membangunkan kembali syarikat abangnya dan pernah mendakwa mereka sudah menemui formula merawat AIDS.

Kini dia separuh buta dan separuh pekak kerana pernah menerima ‘letter bomb’ ketika di penjara.

Kini Roberto Escobar mahu mengikut jejak langkah Samsung dalam menghasilkan telefon pintar lipat yang berteknologi tinggi dan lebih lasak.

Gustafsson berkata: “Kami mahu menewaskan pesaing lain. Kami sangat cepat mendapat tahu bahawa telefon pintar sangat bagus untuk dijual. Dan kami menjualnya dengan harga mampu milik.”

“Dengan itu kami akan menjual pada unit yang banyak. Perkara itu sedang berlaku.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di