Espargaro Sembur Honda Secara Terbuka: “Mereka Hanya Tumpukan Pada Marc Marquez”

Pelumba Repsol Honda, Pol Espargaro tampil mengkritik pasukannya kerana terlalu menumpukan perhatian kepada Marc Marquez sahaja dalam Kejuaraan MotoGP 2022.

Ini bukan pertama kali kritikan dilemparkan kepada Honda kerana layanan yang terlalu bertumpu kepada Marquez.

Cuma kali ini, pelumba yang masih aktif bersama mereka, Pol Espargaro tampil dengan kenyataan berani. Dia kesal dengan sikap Honda yang seolah-olah memihak kepada Marc Marquez semata mata.

Menurut Pol, Honda terlalu berusaha mahu menjadikan Marquez yang terpantas.

Sehinggakan motosikal tersebut benar benar mesra Marquez dan sukar untuk pelumba lain.

Kerana keistimewaan yang diberikan hanya akan membantu Marc Marquez menjadi yang terpantas daripada pelumba Honda yang lain.

Walaupun Pol Espargaro menderita sejak awal musim ini dan tidak menerima sebarang bantuan yang lebih baik daripada Honda, dia tetap cuba yang terbaik.’

Kepulangan semula Marquez ke dalam perlumbaan membuatkan Espargaro semakin terpinggir.

Dia mengakui menderita sejak di GP Qatar:

“Saya menderita sejak Qatar,” kata Espargaro kepada Motorsport.com.

“Sejak dari hari itu saya tidak menerima apa-apa peningkatan. Saya hanya bekerja pada persediaan sendiri.”

“Anda hanya bertambah baik sedikit melalui persediaan, tetapi apabila semua orang begitu pantas, anda memerlukan bahagian baharu untuk dinaik taraf.”

“Sementara itu saya tidak mendapat apa-apa (bantuan daripada Honda),” sambung Espargaro.

Ini bukannya pertama kali Honda dikritik kerana perkara tersebut. Namun Honda pernah menafikan bahawa mereka terlalu memfokuskan kepada Marc Marquez.

Baca yang lain