‘Ethan Nwaneri Adalah Penyelesaiannya Bukan Mikel Merino’

Ketika Arsenal sedang berdepan dengan krisis serangan, Mikel Arteta menggunakan Mikel Merino sebagai false 9.

Arsenal akan berdepan PSV Eindhoven pada aksi peringkat 16 akhir pusingan pertama UCL. Arsenal kehilangan ramai penyerang mereka terutama sekali Kai Havertz dan juga Gabriel Jesus yang merupakan no.9 utama mereka.

Selain itu, Martinelli dan Bukayo Saka turut tidak dapat beraksi kerana masih cedera.

Arteta dijangka akan menjadikan Mikel Merino sebagai false 9 sekali lagi.

Pemain itu dilihat agak sukar bermain di posisi itu namun dia membuatkan peminat teruja ketika mencetak 2 gol kemenangan lawan Leicester.

Tetapi bekas pemain Arsenal, Jermaine Pennant menganggap Mikel Merino bukan penyelesaian kepada masalah serangan Arrsenal.

Sebaliknya Pennat merasakan Ethan Nwaneri adalah pilihan lebih tepat untuk mengisi kekosongan tersebut.

Pennant mahu Arteta tidak terlalu merumitkan keadaan dengan memilih Merino untuk bermain di posisi serangan utama. Kerana Nwaneri dianggap labih baik dan lebih semulajadi di posisi itu.

“Mereka ada pemain berbakat dan mampu mencetak gol iaitu Nwaneri. Dan saya mahu melihat Ethan Nwaneri beraksi di posisi penyerang tengah itu.”

Pennant ada alasan tersendiri kenapa dia rasa Nwaneri akan menjadi ancaman lebih kuat di barisan serangan berbanding Mikel Merino. Selepas The Gunners bergelut mahu melakukan percubaan tepat dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

“Ethan memiliki kepantasan untuk menembusi bahagian pertahanan lawan, dan kelicikan yang dia tawarkan berbanding pemain tengah Mikel Merino.

“Mikel Merino tidak ada kemampuan untuk mendapatkan bola dan menewaskan lawan dengan gelecekannya. Namun Ethan boleh melakukannya dengan baik,” tambah Pennant.

Ethan Nwaneri tampil dengan statistik memberangsangkan musim ini. Di mana graduan akademi Arsenal itu sudah mencetak 7 gol dalam semua pertandingan untuk The Gunners.

Jermaine Pennant yakin pemain berusia 17 tahun itu akan terus berkembang pesat kerana mentaliti di atas padang permainan yang semakin mematangkannya.

“Pada usia itu, dia bermain tanpa rasa gentar. Dia masih dalam proses pembangunan, dia dia boleh bermain dengan lebih bebas tanpa tekanan,” tegas Pennant.