Beberapa portal telah memuat naik video yang menunjukkan rakaman serangan secara fizikal yang dilakukan oleh bekas pemain Barcelona, Samuel Eto’o, ke atas seorang YouTuber dari Algeria.
Insiden itu berlaku selepas aksi antara Brazil vs Korea Selatan pada pusingan 16 Piala Dunia 2022. Etoo menghadiri perlawanan itu selaku duta rasmi Piala Dunia 2022.
Video berdurasi 59 saat itu dimuat naik oleh La Opinion, akhbar berbahasa Sepanyol yang berpangkalan di Amerika Syarikat melalui akaun Twitternya.
Dalam video tersebut, Eto’o yang berada di Qatar sebagai salah seorang duta Piala Dunia 2022, dan juga selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Cameroon (FECAFOOT),
Pada awalnya dia kelihatan baik baik sahaja melayan permintaan peminat yang mahu berselfie dengan peminat peminat Brazil.
Tidak lama kemudia, moodnya berubah apabila seorang lelaki tidak dikenali muncul di sebelahnya sambil membawa kamera raman yang merakam bekas pemain pasukan kebangsaan Cameroon itu.
Eto’o kelihatan marah dan cuba menyerang lelaki itu, tetapi orang ramai cuba menghalangnya. Sehingga itu, lelaki tidak dikenali itu terus merakam sehingga beberapa lelaki merampas kameranya.
Eto’o yang benar benar marah ketika itu sekali lagi cuba bertindak agresif seolah olah mahu melepaskan penumbuk kepada lelaki itu.
🚨 Samuel Eto'o attacked a young man last night before the match between Brazil and South Korea. 😳
(🎥 @partidazocope)
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 6, 2022
YouTuber dari Algeria itu sudah membuat aduan rasmi di atas tindakan Etoo yang menurutnya telah membuatkan dia menanggung kerugian kerana kameranya telah pecah.
Le youtubeur algérien qui s'est fait agresser a décidé de porter plainte contre Etoo pour agression et pour avoir cassé sa caméra aussi. https://t.co/qp4MCf1sXh pic.twitter.com/UB6jmM0UJT
— Chebli Ishaq (@IshaqChebli) December 6, 2022
Ramai yang mengecam tindakan Etoo itu yang menurut mereka telah mencemarkan nama baik Cameroon dan Afrika kerana dia adalah Presiden FECAFOOT dan duta rasmi Piala Dunia.
He is also an ambassador of Qatar 2022. What will happen after that?
— KALFA David (@DavidKalfa) December 6, 2022
Namun ramai juga yang minta agar semua bertenang dahulu kerana perlu mendengar penjelasan Etoo dan juga hasil siasatan ke atas insiden itu.
Buat masa ini FECAFOOT ataupun pihak FIFA masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Dijangka Etoo akan dipecat daripada jawatannya sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022.
Terdapat saksi menyatakan bahawa YouTuber itu berkali kali bertanya kepad Etoo tentang: ‘Apa dah jadi dengan pasukan Cameroon?’ yang sudah tersingkir daripada Piala Dunia.
YouTuber itu juga menganggap Cameroon telah mendapat balasan di atas apa yang berlaku sebelum ini.
YouTuber itu kemudian mengakui dia bertanya kepada Etoo, berapa yang FA Cameroon bayar kepada pengadil bernama Bakary Gassama untuk membantu mereka layak ke Piala Dunia 2022.
Etoo tidak suka dengan soalan itu yang seolah olah merendah rendahkan kredibiliti Cameroon.
It's a provocation and an accusation without evidence that Eto'o didn't like! and it's not the first time that these Algerians reacted like this in public with Eto'o since their elimination, that's why he reacted
2/3
— Yusuf Mafin Sherif 🕊️ (@yusufmafin) December 6, 2022
Sebenarnya, sebelum ini peminat Algeria menuduh pengadil sebagai pilih kasih dan punca kena Cameroon menang pertarungan dengan Algeria.
Jadi peminat Algeria memang sudah lama sakit hati dengan Etoo dan seringkali memberikan komen troll di media sosial pemain itu,
Beberapa bulan lalu, FA Algeria malah memfailkan aduan rasmi kepada FIFA tentang mutu pengadilan aksi play off yang lemah ditunjukkan oleh pengadil dari Gambia, Bakary Gassama.
Dalam aksi play off antara Cameroon dan Algeria, pasukan Algeria menang perlawanan pertama 1-0 di tempat sendiri.
Namun pada aksi timbal balik, Cameroon menang dengan 2-1. Gol lewat oleh Karl Toko Ekambi pada masa ekstra minit ke-120+4 telah membolehkan Cameroon mara ke Piala Dunia.
FA Algeria meminta perlawanan itu dimainkan semula kerana pengadil yang teruk. Namun FIFA menolak permintaan itu.
Menurut FIFA, adalah mustahil untuk membuat aksi replay di antara Cameroon dengan Algeria hanya kerana mutu pengadilan tidak memuaskan hati.
FIFA bagaimanapun menegaskan bahawa mereka akan menyiasat dan menilai prestasi pengadil tersebut.
Etoo pernah meramalkan bahawa Cameroon akan menjuarai Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Maghribi di pentas final untuk menjadi pasukan Afrika pertama menjulang Piala Dunia.
Malangnya itu tidak berlaku kerana Cameroon disingkirkan awal. Maghribi masih meneruskan perjuangan mereka.