Etoo Bengang Kerajaan Terus Campur Tangan Hal FECAFOOT

Samuel Etoo nampaknya masih perlu untuk bekerja lebih keras dalam usahanya membersihkan struktur bola sepak di negaranya Cameroon.

Sebelum ini banyak kerosakan sudah diperbaiki Etoo. Namun terbaru, keadaan menjadi lebih huru hara. Eto’o terpaksa memecat jurulatih pasukan kebangsaan kerana konflik yang hangat.

Bekas jurulatih Cameroon yang dimaksudkan ialah Marc Brys, berasal dari Belgium. Sejak awal, pelantikan Marc Brys menimbulkan masalah. Eto’o sebagai presiden tidak berasa dihargai dan ditikam dari belakang.

Kes ini memuncak pada hari Selasa, 28 Mei 2024 waktu tempatan. Sebuah video tular di media sosial menunjukkan Eto’o, Brys dan wakil kementerian sukan bertengkar di dalam sebuah bilik.

Dalam video tersebut, jelas Brys tidak menghormati Eto’o. Sebab itu bekas pemain Barcelona itu hilang kawalan, Eto’o berang dengannya.

Seperti yang dinyatakan di atas, dari mula pelantikan Brys bermasalah. Dia adalah seorang jurulatih yang diamanahkan oleh kerajaan Cameroon. Ianya campur tangan daripada kerajaan berbanding dengan keputusan daripada FECAFOOT. Brys dilantik oleh kementerian sukan, tanpa berunding dengan persekutuan pimpinan Eto’o.

Pelantikan Brys sahaja sudah bermula dengan penuh bermasalah. Di mana-mana negara, jurulatih pasukan kebangsaan sepatutnya dilantik oleh persekutuan, kerajaan tidak boleh campur tangan.

Sebelum ini Etoo terpaksa mendiamkan perkara itu kerana lebih memikirkan kesannya kepada pasukan kebangsaan. Dan kini Cameroon mulai diancam oleh hukuman oleh FIFA.

Eto’o, yang tidak tahu apa-apa tentang pelantikan Brys, pada mulanya berasa jengkel, tetapi dia masih menghormati jurulatih Belgium itu. Eto’o dan persekutuan mahu memberi peluang kepada Brys untuk membuktikan dirinya.

Pada Selesa, FECAFOOT mengundang Brys selaku jurulatih pasukan kebangsaan ke mesyuarat untuk membincangkan persiapan pasukan menjelang Kelayakan Piala Dunia 2026 Secara kebetulan, ini adalah pertemuan pertama antara Brys dan Eto’o.

Di mana mana negara di dunia itu, tidak pernah menteri akan hadir dalam mesyuarat berkaitan persiapan Piala Dunia atau pengurusan pasukan kebangsaan. Masalahnyya, semalam ada wakil dari kementerian sukan yang mengiringi Brys. Dia adalah orang yang dilantik oleh kerajaan dari kalangan exco FECAFOOT.

Eto’o bengang kerana tindakan itu boleh mengundang masalah dan bencana kepada bola sepak negaranya. Selama ini dia mendiamkan diri dan memberitahu dunia bahawa FECAFOOT bertanggungjawab sepenuhnya dalam perlantikan Byrs,

Etoo kemudian memecat pegawai kementerian berkenaan, Cyrille Tollo. Eto’o menegaskan bahawa mesyuarat persekutuan bukan urusan kementerian, jadi Tollo tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam mesyuarat itu memandangkan dia sudah menjadi orang kanan kerajaan.

Kekecohan berlaku, Tollo diusir, tetapi Brys memihak kepada kementerian sukan. Eto’o kemudian menggesa Byrs untuk jangan masuk campur tangan dalam bidang kuasa yang jelas sekali di bawah kuasa Etoo.

“Jika kamu berada di sini , saya bertanggungjawab untuk bercakap dengan jawatankuasa eksekutif untuk mempersoalkan kedudukan kamu, kerana undang-undang memerlukan saya berbuat demikian. Jadi sekali lagi saya meminta kamu jangan masuk campur,” kata Eto’o.

“Saya presiden persekutuan, kamu [Brys] tidak boleh bercakap dengan saya seperti itu. Bolehkah kamu bayangkan saya melakukan sesuatu seperti ini di Belgium? Jadi mengapa kamu berasa bebas untuk melakukannya di Cameroon?”

Tidak lama selepas kejadian itu, hanya sehari kemudian, timbul berita bahawa Brys tidak lagi membimbing pasukan kebangsaan Cameroon. Dia dipecat sebelum mengendalikan pasukan dalam perlawanan.

Pada masa ini, Martin Ndtungou telah dilantik sebagai jurulatih sementara sehingga persekutuan Cameroon mencari jurulatih yang sesuai. Mereka perlu bertindak pantas, Kelayakan Piala Dunia 2026 akan bermula tidak lama lagi.

Ramai pemain Cameroon dikatakan kecewa dengan apa yang berlaku di sebalik tadbir pasukan itu. Mereka makin menyampah dengan apa yang berlaku terutama sekali pemain pemain yang beraksi di Eropah dan berdarah kacukan yang memilih mewakili Cameroon.

Bekas pemain Krasnodar, Oyong Bitolo berkata: “Perlu ke perang sesama sendiri macam ni? Kamu tak sedar ke betapa teruknya keadaan ini? Dan jika pasukan kebangsaan kita gagal mendapatkan keputusan yang baik, yang jadi mangsa adalah pemain akan dipersalahkan. Buat masa ini semua orang harus buang ego dulu, fokus kepada aksi atas padang.

Penyerang Dinamo Moscow, Ngamelu berkata: “Tolak tepi politik daripada bola sepak. Kamu harus mencipta suasana yang selesa untuk semua orang di kem kebangsaan. Barulah kami pemain boleh bermain tanpa gangguan atau risau. Ayuh buang ego, dan letakkan kembali Cameroon di peta dunia bola sepak. Saya berbangga mewakili negara ini.”

Etoo sebelum ini sudah banyak kali memperbaiki kerosakan dalam bola sepak Cameroon. Beberapa bulan lalu dia memerangi isu penipuan umur melibatkan 62 pemain di negara itu yang menurutnya masalah yang harus dihentikan segera.

Antara pemain yang kantoi termasuk pemain kebangsaan Cameroon sendiri. Pada tahun 2022, FECAFOOT menggantung 44 pemain daripada 8 kelab berbeza di negara itu kerana kesalahan yang sama.

Etoo sudah memberikan amaran keapda mana mana pemain yang menipu umur agar berhenti berbuat demikian kerana dia tak akan lepaskan mereka sama sekali.

Pada Januari 2023 yang lalu ada 21 pemain daripada skuad B-17 digantung kerana masalah tersebut. Etoo menganggap masalah ini sudah menjadi barah dalam bola sepak negara itu.

Hal ini kerana, mereka kehilangan ramai pemain daripada pasukan pembangunan. Kerana tersilap beri slot kepada mereka yang sebenarnya dan tua bangka.