Etoo: “Kalau Messi Pergi, Maka Tukar Saja Nama Kelab Tu”

Bagi Samuel Eto’o, Barcelona adalah Lionel Messi. Penyerang dari Cameroon itu juga berharap agar Barcelona berusaha sedaya upaya dan melakukan a[a sahaja untuk menjaga serta mengekalkan Messi.

Masa depan Messi di Barcelona begitu banyak spekulasi. Walaupun kontraknya di Camp Nou akan berakhir pada tahun 2021, Messi dilaporkan ingin meninggalkan Barcelona.

Bintang Argentina itu dilaporkan sudah tidak yakin dengan keadaan kelab itu sekarang. Barcelona baru saja menutup musim dengan rasa malu teramat sangat setelah dihancurkan oleh Bayern Munich dengan skor 2-8 di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pique menanggap ia adalah malam yang paling teruk dan sangat memalukan.

Penutup yang menyedihkan itu juga bererti Barcelona menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi buat pertama kali sejak 2007/08.

Sudah ada beberapa kelab Eropah yang dikaitkan dengan Messi. Dilaporkan bahawa Inter Milan dan Manchester City berpotensi membawa pemain berusia 33 tahun itu keluar dari Barca.

Man City pula sanggup membayar apa sahaja diminta Messi jika pemain itu mahukan gaji tinggi.

Etoo: Barcelona tak boleh kehilangan Messi

Legenda Barca, Eto’o kemudian bersuara mengenai situasi yang sedang dihadapi oleh Barcelona dan Messi. Dia tidak dapat membayangkan Barcelona tanpa Messi.

Bagi Etoo walaupun Barcelona kelab yang besar namun mereka tetap tak boleh kehilangan Messi.

“Barcelona kini perlu untuk melakukan segalanya untuk memastikan Messi menamatkan kariernya di Barcelona,” kata Eto’o kepada TyC Sports.

“Saya harap mereka yang membuat keputusan akan melakukannya demi kebaikan Barcelona. Saya suka Messi seperti anak saya sendiri.”

“Barcelona adalah Messi. Saya selalu mahukan yang terbaik untuk Messi, tetapi kelabnya [Barcelona] adalah Messi,” sambung pemain yang bermain untuk Barcelona pada 2004-2009.

“Sekiranya dia memutuskan untuk pergi maka kami harus berusaha mencari nama lain untuk kelab ini. Kita bernasib baik kerana pada masa ini kita memiliki pemain terbaik sepanjang zaman,” katanya.

Etoo legenda dari Afrika

Samuel Eto’o Fils merupakan penyerang yang lahir di Douala, Cameroon, 10 Mac 1981.

Beliau seperti yang kita semua tahu merupakan bekas kapten kebangsaan Cameroon.

Etoo merupakan pemain Afrika yang paling bersinar sepanjang zaman setelah memenangi rekod empat kali Pemain Terbaik Afrika: pada tahun 2003, 2004, 2005 dan 2010. Dan pernah menjadi pemain ketiga terbaik menerusi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada tahun 2005.

Eto’o menjaringkan lebih dari 100 gol dalam lima musim bersama Barcelona, ​​dan juga merupakan pemegang rekod untuk penampilan paling banyak oleh pemain Afrika di La Liga.

Pada tahun 2010, dia menjadi pemain pertama yang memenangi dua treble Eropah berturut turut  ketika melakukan pencapaian itu bersama Barcelona dan Inter Milan.

Etoo juga adalah pemain kedua yang mencetak gol dalam dua final Liga Juara-Juara yang berbeza dan yang keempat, setelah Marcel Desailly, Paulo Sousa dan Gerard Pique, yang telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah dua tahun berturut-turut dengan pasukan yang berbeza.

Sebagai ahli pasukan kebangsaan Cameroon, Eto’o adalah sebahagian daripada skuad yang memenangi kejohanan Olimpik 2000.

Etoo juga bermain dalam tiga Piala Dunia dan enam Piala Afrika (menjadi juara dua kali) dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Afrika, dengan 18 gol.

Etoo juga merupakan pemain Cameroon yang telah menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman dan pemain dengan kaps ketiga terbanyak, dengan 56 gol dalam 118 penampilan.

Baca yang lain