Etoo Yakin Negara Afrika Boleh Juara Piala Dunia: “Itu Benda Paling Mudah”

Samuel Etoo menyatakan bahawa pemain pemain Afrika jauh lebih berbakat daripada pemain pemain Eropah.

Samuel Etoo dikenali sebagai salah seorang penyerang terbaik pada generasinya. Beliau juga merupakan bekas kapten kebangsaan untuk negaranya Cameroon.

Etoo antara pemain Afrika yang sangat berjaya di Eropah. Beliau menikmati banyak kejayaan terutama sekali ketika bersama Barcelona dan Inter Milan.

Beliau merupakan pemain yang sangat laju dan lasak serta tajam di hadapan gol.

Jadi, tidak ada alasan untuk Afrika tidak menjadi juara Piala Dunia dalam masa terdekat selepas ini.

Samuel Etoo baru sahaja menggalas tugas sebagai presiden FA Cameroon membuat kenyataan tersebut kepada The Athletic.

Di mana menurut Etoo: “Orang Afrika ni sangat berbakat, di mana orang Eropah kurang sikit.”

“Saya tak nampak pun alasan kenapa negara negara Afrika tidak dapat memenangi Piala Dunia.”

“Ianya malah, salah satu perkara paling mudah untuk dilakukan. Cuma bermain beberapa perlawanan sahaja [untuk memenanginya].”

Etoo menganggap Piala Dunia tugasan yang mudah kerana tidak seperti liga domestik yang ada banyak perlawanan.

Piala Dunia pula ada 3 perlawanan peringkat kumpulan dan beberapa perlawanan kalah mati.

Sudah tentu kenyataan Etoo itu membuatkan ianya menjadi perdebatan. Kerana menurut peminat bola sepak, bakat sahaja tidak cukup untuk menjadi juara dunia.

Oleh sebab itulah negara negara seperti Itali dan Perancis menjadi negara yang digeruni dalam beberapa temasya Piala Dunia kerana sentiasa hadir dengan pasukan yang lengkap dan kuat sebagai satu skuad. Bukannya sekadar bergantung kepada bakat semata mata.

Bakat individu sahaja tidak cukup jika tidak ada taktikal berpasukan yang ampuh, terutama sekali jurulatih yang baik.

 

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan