Euforia Gol Lingard, Sampaikan FIFA Dedahkan Diet Dan 2 Golnya Sebagai Penentu Nasib Eropah Man United

Jesse Lingard kembali ke perbualan di Twitter setelah menjaringkan gol di Manchester United lawan DAS LASK.

Malah Twitter FIFA sendiri teruja dengan memuat naik tweet yang berbaur ketakjuban.

Lingard menjaringkan gol pembuka Manchester United menentang kelab Austria pada perlawanan kedua Liga Europa untuk peringkat 16 akhir di Old Trafford.

Itu adalah aksi terakhir Man United di Old Trafford pada musim ini.

Gol tersebut telah memecah kebuntuan pasukan Red Devils setelah ketandusan gol pada babak pertama. Peminat segera membanjiri garis masa Twitter dengan komen mengenai Lingard.

Sehinggakan nama Lingard menjadi trending.

Seperti biasa, pemain berusia 27 tahun ini mempunyai peminat untuk membuat meme dan komen lucu.

Malah, FIFA juga turun padang untuk memberi komen mengenai prestasi Lingard. Melalui akaun Twitter mereka, FIFA menegaskandua gol Lingard yang merupakan gol penentu bagi Manchester United dalam pertandingan Eropah.

Yang pertama adalah gol menentang Leicester City dalam perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris. Kemenangan yang membolehkan United layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Gol kedua tentunya adalah gol menentang LASK awal pagi ini.

FIFA turut mendedahkan tentang diet dan program kecergasan terkini Lingard yang membantunya menjawab kritikan.

“Jesse Lingard berjaya menjalankan program diet dan latihan fizikal sehingga dia dapat menjawab kritikan dengan dua gol dalam dua pertandingan yang membantu Manchester United ke Liga Juara-Juara dan perempat final Liga Europa,” tulis FIFA.

Jesse Lingard kemudian dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Lingard merupakan nama yang seringkali menjadi usikan netizen. Kerana keraian golnya yang seolah olah dia merupakan penjaring prolifik.

Mana taknya, Lingard pernah mempatenkan keraian gol JL sebagai miliknya dan menjadi simbol dagangnya.

Lingard merupakan pemain kelahiran akademi Man United.

Man United hanya melakukan kemenangan rutin ke atas pasukan LASK. Ini selepas mereka membantai pasukan tersebut dalam aksi pertama dengan 5-0.

Dalam aksi kedua awal pagi tadi Man United menang 2-1 untuk membolehkan mereka mara secara agregate 7-1.

Lingard membuka tirai gol untuk Red Devils pada minit ke-57, manakala Anthony Martial menjaringkan gol kedua United pada minit ke-88.

Pasukan pelawat hanya mendapat 1 gol saguhati dalam dua pertemuan ini.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.