Euro 2004: Kisah Agung Dalam Sejarah Sukan Greece Menjulang Piala Eropah

Jika kita sebut mengenai kejutan terbesar dalam bola sepak, sudah tentu kejayaan Greece memenangi Euro 2004 di Portugal akan terlintas di fikiran.

Greece adalah negara yang memiliki catatan sejarah yang panjang sejak ketamadunan Yunani.

Dalam lapangan sukan, merekalah tempat di mana lahirnya Olimpik. Namun sejarah teragung dalam sukan mereka tercipta pada 2004. Apabila impian mustahil itu sebenarnya mereka mampu gapai dengan keupayaan mereka sendiri, tanpa perlu gerakan samba, taktikal total football, dan sebagainya.

Bagaimana skuad yang rata-rata bermain di liga domestik untuk bukan sahaja bersaing, malah memenangi kejohanan terulung eropah itu.

Mari bersama penulis kita kenang kembali kisah perjalanan Greece menjulang kejuaraan major pertama di bumi Iberia.

Otto Rehhagel Menyemai Semangat Kekitaan

Dalam satu temubual, pertahanan kiri Greece, Takis Fyssas, ada memberitahu bahawa dalam pertemuan pertama mereka bersama Otto Rehhagel selepas dilantik menjadi pengurus adalah beliau mengarahkan pemain untuk mendahulukan pasukan kebangsaan berbanding kelab.

Pada ketika itu, di peringkat domestik, bola sepak Greece penuh dengan persengketaan. Pemain sangat dekat dengan kelab mereka, sama ada Olympiakos, Panathanaikos atau AEK Athens.

Jika itu dapat diatasi, tiada masalah baginya untuk membentuk pasukan yang mantap bagi mengekang mana-mana lawan yang perlu dihadapi mereka.

Pragmatik & Ketajaman Set Pieces

Rehhagel menerapkan sistem kontrollierte ofensif atau serangan terkawal dengan sekurang-kurangnya dua pertahanan dan seorang penyerang yang hebat di udara dan melancarkan serangan balas pantas melalui sayap.

Beliau mengamalkan disiplin pertahanan yang robust dan ketajaman menyempurnakan set pieces dan bukannya kemampuan bermain bola sepak yang fluid.

Walaupun skuad mereka mempunyai barisan pemain pertahanan dan pemain tengah yang ampuh, kemampuan menyerang mereka terhad. Tiada pemain seperti yang licik seperti Thierry Henry, Zinadine Zidane di bahagian serangan.

Ini memaksa Rehhagel menerapkan pendekatan yang pragmatik. Bermain gaya terbuka pasti akan boleh memakan diri.

Greece di bawah Rehhagel amat bijak dalam melakukan tactical foul bagi mengelak sehingga dihukum dengan kad dan sebagainya. Sanggup dikenakan kad kuning untuk pasukan apabila perlu.

Mereka juga sangat pakar dalam menyesuaikan shape untuk nullify kekuatan lawan. Ini terbukti ketika Greece memasuki pusingan kalah mati.

Peringkat Kumpulan

Greece diletakkan di dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Portugal, Sepanyol dan Rusia. Kumpulan sukar dengan Portugal dan Sepanyol menjadi pilihan untuk layak ke pusingan suku akhir.

Cabaran pertama mereka bukan mudah. Bermain dalam perlawanan pembukaan di hadapan ribuan penyokong fanatik tuan rumah. Portugal juga dibarisi pemain bintang seperti Luis Figo, Deco dan bintang yang meningkat naik, Cristiano Ronaldo.

Namun skrip yang berbeza ditulis oleh Greece. Berjaya menewaskan Portugal dengan keputusan 2-1. Gol dijaringkan oleh Giorgios Karagounis dan penalti oleh Angelos Basinas.

Ronaldo merapatkan kedudukan pada masa tambahan namun sudah terlambat untuk menyekat kemenangan Greece.

Skuad Rehhagel ini kemudian tewas 2-1 di tangan Rusia pada perlawanan kedua. Namun bangkit pada perlawanan terakhir kumpulan setelah mengikat Sepanyol 1-1 untuk menempah tiket ke suku akhir sebagai naib juara kumpulan A bertemu juara bertahan, Perancis.

Suku Akhir

Perancis yang merupakan juara Kumpulan A menanti di suku akhir. Zinadine Yazid Zidane dan Thierry Henry yang sedang on form perlu dineutralkan oleh Greece.

Itu yang terjadi apabila kapten, Theodoros Zagorakis tenang mengawal barisan tengah. Barisan pertahanan seperti biasa berjaya menyerap tekanan demi tekanan yang dilakukan oleh barisan serangan Le Bleus.

Zagorakis muncul sebagai watak penting apabila cross nya singgah tepat di kepala Angelos Charisteas untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan menewaskan Fabian Barthez di gawang Perancis.

Separuh Akhir

Republik Czech merupakan suprise package pada kejohanan kali ini. Milan Baros yang sudah menjaringkan 5 gol dalam 4 perlawanan menjadi perhatian.

Turut berada dalam pasukan tersebut ialah Pavel Nedved, Karel Poborsky dan juga penjaga gol muda, Petr Cech yang mempamerkan aksi yang baik sepanjang kejohanan.

Menewaskan Belanda dan Jerman untuk muncul juara Kumpulan D sebelum membenam cabaran Denmark di peringkat suku akhir.

Pahlawan Greek tetap kental. Bertahan sebagai satu unit dengan sesekali menyerang balas. Mengheret perlawanan ke sudden death sebelum pertahanan tengah, Trianos Dellas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-105.

Perlawanan Akhir

Portugal hadir ke final dengan misi membalas dendam kekalahan mengejut pada perlawanan pembukaan selain ingin menjulang kejuaraan Euro pertama di hadapan penyokong sendiri.

Walaupun menang dalam perlawanan awal, Greece turun sekali lagi sebagai underdog, dalam perlawanan akhir pertama mereka dalam kejohanan besar.

Portugal sangat dominan dalam final tersebut. Menguasai hampir keseluruhan padang. Greece pula sesekali memberi ancaman melalui serangan balas.

Namun seperti perlawanan lalu, Greece sangat berbahaya dari set piece. Hanya satu tendangan penjuru yang diperlukan.

Ricardo terkapai-kapai dalam cubaannya untuk menampan sepakan sudut yang diambil Angelis Basinas, meninggalkan Charisteas menanduk bola ke gawang yang kosong tanpa pengawal, menggembirakan ribuan penyokong Greece di stadium.

Gol ini bukanlah nasib mahupun kebetulan. Ini adalah carbon copy gol kemenangan menentang Republik Czech di pusingan separuh akhir. Sangat basic tetapi efektif!

Rumusan

Sebelum Euro 2004, Greece hanya bermain enam perlawanan di kejohanan major dan belum memenangi satu pun perlawanan. Mereka tewas 5 dan seri sekali dalam Euro 1980 dan Piala Dunia 1994.

Bagi pasukan skuad yang agak mempunyai kualiti yang sangat terhad untuk memenangi trofi berprestij seperti itu adalah pencapaian yang sangat mengkagumkan. Menewaskan tuan rumah, juara bertahan, pasukan pilihan dan kemudian tuan rumah sekali lagi dalam perlawanan akhir.

Kejayaan bersejarah ini meletakkan Rehhagel, Charisteas, Karagounis, Zagorakis, Dellas lain-lain dalam kalangan Dewa Yunani untuk selamanya.

Baca yang lain