Mattia Zaccagni mencetak gol saat akhir perlawanan menentang Croatia untuk menyelamatkan Itali daripada terjatuh ke tangga ketiga.
Itali ketinggalan menerusi gol oleh Luka Modric. Kapten Croatia itu berjaya menebus kegagalan dia menyempurnakan penalti untuk menembusi gawang Donnarumma kira kira seminit kemudian.
Pada kedudukan 1-0, Croatia boleh mara ke kalah mati mengiringi pasukan Sepanyol yang menang 1-0 ke atas Albania di dalam satu lagi perlawanan.
Itali pula berisiko untuk tidak mara jika gagal mencatatkan keputusan – sekurang kurangnya – seri dalam perlawanan ini.
Itali bergelut untuk mendapatkan gol dengan organisasi pertahanan Croatia yang sangat kental.
Pengadil memberikan masa tambahan 8 minit. Dan Itali beberapa kali menunjukkan rasa kecewa mereka dengan foul yang penuh kepasrahan ke atas lawan mereka.
Ketika pengadil sedang melihat jam di tangan untuk meniup wisel penamat, Croatia melakukan kesilapan ketika bertahan. Membenarkan bola masuk ke dalam kotak penalti. Zaccagni dengan tenang melakukan percubaan lencong yang sangat cantik.
Bola itu melepasi Livakovic yang sudah agak sedikit ke hadapan. Tiada peluang untuk penjaga gol itu menyelamatkan bola itu.
Luka Modric kelihatan hanya mampu merenung jauh. Kerana ini mungkin aksi euro terakhirnya bersama Croatia.
ZACCAGNI EQUALIZES IN STOPPAGE TIME TO PUT ITALY BACK IN 2ND!
MODRIC AND CROATIA ARE STUNNED 😱 pic.twitter.com/1K0p8dqS8c
— ESPN FC (@ESPNFC) June 24, 2024
Pengadil terus meniupkan wisel penamat setelah menyemak VAR dan mengesahkan gol itu.
Pemain pemain Itali benar benar kelegaan dengan keputusan itu. Pemain Croatia pula menangisi kegagalan mereka bertahan dalam beberapa saat sahaja lagi.
WHAT A RUN CALAFIORI, WHAT A GOAL ZACCAGNI, LERIGSREJNGJSRTGNSERGJKRENGJKSR pic.twitter.com/0KwU9nqTyJ
— Italian Football TV (@IFTVofficial) June 24, 2024
Croatia sudah hampir mustahil untuk mara ke pusingan kalah mati. Kerana mereka langsung tiada kemenangan.