Jaringan minit akhir Niclas Fullkrug pada lewat masa kecederaan menyelamatkan tuan rumah daripada dimalukan Switzerland pada aksi terakhir kumpulan A.
Julian Nagelsmann menurunkan kesebelasan terkuat beliau untuk perlawanan menentang pasukan yang dianggap lawan paling sukar mereka dalam kumpulan A iaitu Switzerland.
Jerman adalah pasukan pilihan, sementara Switzerland pastinya layak digelar kuda hitam dalam edisi kali ini.
Switzerland turut menurunkan bintang bintang utama mereka seperti Yann Sommer, Manuel Akanji, Fabian Schar, Granit Xhaka dan bintang yang sentiasa muncul dalam pertandingan antarabangsa, Embolo.
Penyokong tuan rumah kelihatan yakin bahawa pasukan mereka bakal menamatkan saingan kumpulan A dengan rekod kemenangan 100%. Malangnya itu tidak berlaku. Jerman malah hampir kalah dalam perlawanan ini.
Jerman ketinggalan dalam perlawanan ini menerusi gol oleh Dan Ndoye pada minit ke-28. Di mana pemain itu bijak untuk menyambar hantaran di dalam kotak penalti.
Jerman menggila mencari gol penyamaan dengan aksi dominan dan percubaan yang sangat banyak dilepaskan ke arah gawang lawan mereka.
Namun halangan mereka adalah pertahanan lawan yang sangat teratur dan kental bertahan.
Pada minit ke-83 Switzerland hampir 2 gol di hadapan namun malangnya gol oleh Vargas namun dibatalkan kerana ofsaid.
Jerman terus berusaha dan akhirnya berjaya mendapat gol lewat perlawanan menerusi tandukan kemas oleh pemain tinggi lampai Niclas Fullkrug yang melonjak menewaskan Sommer.
Keputusan seri ini membolehkan Jerman kekal menjadi juara kumpulan A. Switzerland juga mara ke kalah mati mengiringi Jerman sebagai pasukan tangga kedua kumpulan A.