Portugal memberikan reality check kepada Turkiye dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan F.
Portugal terlalu bagus untuk Turkiye apabila pasukan bimbingan Roberto Martinez itu menang mudah 3-0 ke atas Turkiye.
Jika sebelum ini Portugal berhempas pulas untuk menang 2-1 ke atas Czechia. Kali ini mereka lebih meyakinkan dan lebih fluid di atas padang.
Sebelum ini dalam analisis Turkiye vs Georgia, saya menggariskan isu zonal marking Turkiye yang agak longgar, dan ianya berlaku lagi.
@axello_tacts Turkiye menang 3-1 ke atas Georgia dan bintang baharu Eropah lahir di sini iaitu Arda Guler #AnalisisAxelloTacts #euro2024
Gol pertama adalah berpunca daripada zonal marking tak cukup bagus. Memberikan ruang kepada Bernardo Silva mencetak gol pertama minit ke-21. Di mana Bernardo Silva mendapat ruang sangat selesa untuk menyambut cut back daripada rakannya.
Turkiye, dibolosi gol kedua oleh Portugal dengan cara lebih kejam. Di mana Altay Bayındır yang sudah terlajak naik ke atas dikejutkan dengan hantaran ke belakang Samet Akaydin yang terus masuk ke gawang sendiri pada minit ke-28.
Penjaga gol Portugal, Diogo Costa menafikan percubaan bahaya oleh Kerem Akturkoglu minit ke-30.
Dan pada separuh masa kedua Bruno Fernandes melengkapkan kemenangan bergaya Portugal dengan menyempurnakan hantaran Cristiano Ronaldo. Ianya selepas Ronaldo memutuskan untuk tidak bersikap tamak dalam situasi 2 lawan 1 ini:
Cristiano Ronaldo had the perfect opportunity to score a one-on-one with Altay Bayindir but chose to assist Bruno Fernandes instead.
Leader ❤️️ pic.twitter.com/KI19rm4P7M
— Football on TNT Sports (@footballontnt) June 22, 2024
Tamat perlawanan, Portugal 3 Turki 0. Portugal rasminya mara ke pusingan kalah mati. Sementara Turki masih ada tugasan penting untuk aksi ketiga dalam usaha mereka cuba mara ke kalah mati Euro 2024.
Turkiye akan berdepan dengan Czechia dalam perlawanan terakhir. Manakala Portugal akan berdepan dengan Georgia.