Euro 2024: Rooney Pilih Untuk Singkirkan Bowen Dan Bawa Grealish

Wayne Rooney menyatakan bahawa dia terkejut tiada Jack Grealish dalam senarai pasukan England yang ke Euro 2024. Dia malah menganggap Jarrod Bowen lebih patut disingkirkan berbanding Grealish.

Ini kerana menurut Rooney, Grealish pemain yang sangat bagus. Jack Grealish dan James Madisson antara dua nama tetap dalam skuad Southgate sebelum ini. Namun mereka berdua disisihkan daripada panggilan kali ini.

Ianya membuka jalan kepada pemain muda sepert Eberechi Eze dan Cole Palmer yang dibawa menaiki pesawat ke Jerman.

Menurut Rooney dari segi keperluan posisi, Jack Grealish adalah pemain yang lebih bagus untuk dibawa ke Jerman. Ini kerana Grealish boleh bermain di sayap kiri. Sedangkan Jarrod Bowen adalah pemain sayap kanan.

England ada ramai pemain yang boleh bermain di sayap kanan. Rooney menyatakan bahawa: “Kalau saya menjadi pengurus England, Grealish, saya akan bawa dia. Bowen bermain di kanan. England juga ada Saka, Cole Palmer dan Foden yang boleh bermain di situ.

“Jadi saya akan bawa Jack Grealish berbanding Bowen untuk memberikan lebih keseimbangan dan sesuatu yang lain.”

Beberapa minggu lalu, Rooney menjelaskan bahawa Grealish adalah pemain yang bijak menarik pemain pertahanan lawan keluar dari zon pertahanan mereka ke arahnya. Ini akan membantu membuka ruang kepada rakannya yang lain.

“Apa yang Grealish lalukan, dia keluarkan pemain lawan ke arahnya dan mencipta ruang kepada pemain lain.

“Dia pemain yang mengekalkan bola dan pemain pemain lawan cuba ‘menggigitnya’ dan tiba tiba, ada ruang terbuka. Jadi apabila ada pasukan yang benar benar berkampung di belakang berdepan Man City, ada banyak ruang di sana untuk mereka.”

Jarrod Bowen musim lalu telah beraksi sangat cemerlang bersama sama dengan West Ham. Di mana dia menjaringkan 20 gol dan 10 assist sepanjang musim untuk semua pertandingan.

Sementara itu, bintang Man City, Jack Grealish pula bergelut dengan prestasinya musim lalu. Pemain £100 juta itu hanya menjaringkan 3 gol dan mencatat 3 assist sahaja.

Grealish malah kehilangan tempat dalam skuad utama Man City. Namun Man City Xtra melaporkan bahawa Pep Guardiola masih percayakan pemain itu akan bangkit semula pada musim baharu.

England menjadi salah satu pasukan  pilihan – macam biasa – untuk memenangi Euro kali ini. England menebus kehampaan mereka kalah di final menentang Itali dalam Euro yang lalu.