Tuan rumah Jerman memulakan kempen Euro 2024 dengan langkah kanan serta kemenangan besar.
Jerman menang 5-1 ke atas Scotland dalam aksi pembukaan Euro 2024. Menjadikan ia sebagai kemenangan terbesar dicatatkan pada hari pembukaan Euro.
Jerman mendahului menerusi gol cantik pemain yang terus cemerlang musim ini, Florian Wirtz pada minit ke-10.
Sembilan minit kemudian seorang lagi bintang masa depan Jerman, Jamal Musiala menambah gol kedua untuk Jerman.
Florian Wirtz dan Musiala yang berusia 21 tahun mencipta rekod pertama kali dua pemain berusia 21 tahun mencetak gol dalam aksi Euro.
2 – In Florian Wirtz and Jamal Musiala (both 21), Germany have become the first side ever to have two players aged 21 or younger score for them in the same match at the EUROs. Blossom. pic.twitter.com/JKVyfBfxwD
— OptaJoe (@OptaJoe) June 14, 2024
Sebelum rehat, bintang Arsenal, Kai Havertz menjadikan kedudukan 3-0 menerusi sepakan penalti yang tenang.
Penalti itu selepas Ryan Porteus melakukan cabaran bahaya ke atas Gundogan. Pengadil melayangkan kad merah kepada pemain tersebut.
1 – Ryan Porteous is the first player to be sent off on his EUROs debut since Aleksandar Dragovic for Austria v Hungary in 2016, and is the first Scotland player to receive a major tournament (World Cup/EUROs) red card since Craig Burley v Morocco in the 1998 World Cup. Rash. pic.twitter.com/NzuwOycHWw
— OptaJoe (@OptaJoe) June 14, 2024
Pada separuh masa kedua, Jerman melebarkan jurang gol kepada 4-0 menerusi jaringan cantik Fullkrug yang merembat deras ke arah gol lawan.
Pada minit ke-87, Antonio Rudiger memberikan Scotland gol saguhati apabila tertampan bola ke gawang sendiri.
Namun pada masa kecederaan, pemain gantian Emre Can melakukan rembatan lencong mendatar untuk menjadikan kedudukan 5-1.
An opening match to remember for Germany 🇩🇪#EURO2024 | #GERSCO pic.twitter.com/luXAFwUS1E
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 14, 2024
Scotland benar benar berhak kalah dalam perlawanan ini. Selain daripada tidak berdisplin sehingga terpaksa bermain 10 pemain, mereka juga hanya melakukan 1 percubaan ke arah gol dan tidak ada sebarang percubaan tepat dicatatkan sepanjang 10 minit.
Apa seterusnya?
Jerman selepas ini akan menentang Hungary. Sementara Scotland akan berdepan dengan Switzerland.