Belgium dikejutkan oleh Slovakia pada aksi pembukaan kumpulan E untuk kedua dua pasukan.
Slovakia pasukan di ranking ke-48 berjaya memastikan salah satu kejutan terbesar pada minggu pembukaan berdepan dengan salah satu pasukan pilihan β seperti biasa. Ia juga antara kejutan terbesar dalam sejarah Euro.
Skuad bimbingan Domenico Tedesco itu dikejutkan dengan gol awal oleh Slovakia menerusi Ivan Schranz pada minit ke-7.
Selepas ini Belgium bekerja keras untuk mencari gol penyamaan. Slovakia tetap melakukan beberapa percubaan ke arah gol. Kedua dua pasukan boleh dikatakan memiliki peluang yang seimbang dari segi peluang gol.
Belgium menurunkan skuad sarat bintang mereka. Penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Lukaku mengetuai jentera serangan. Sementara Doku dan Trossard serta De Bruyne membantu pemain itu di zon serangan.
Walaupun generasi emas era Hazard dianggap sudah berakhir, namun Belgium kelihatan tetap memiliki skuad emas baharu mereka dengan kualiti pemain yang mereka ada.
Belgium hampir berjaya menyamakan kedudukan minit ke-85. Malang sekali gol Lukaku dibatalkan kerana Openda disemak oleh VAR mendapati dia sudah handball pada fasa binaan serangan.
Slovakia bertahan dengan sebaik mungkin untuk memastikan 3 mata berharga milik mereka. Lukaku dan rakan rakannya kelihatan terluka dengan kekalahan ini.
What a win for Slovakia! πΈπ°π#EURO2024 | #BELSVK pic.twitter.com/Ap1uK9xQKR
β UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 17, 2024
Β