Belanda berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Poland pada aksi pembukaan kedua dua pasukan dalam Euro 2024.
Poland bermain tanpa kapten mereka Robert Lewandowski yang hanya berada di bangku simpanan kerana tidak cergas.
Tempat beliau diisi oleh Adam Buksa yang berusia 27 dan hanya ada 18 kaps untuk Poland.
Belanda dikejutkan oleh gol minit ke-16 oleh Adam Buksa.
Belanda meningkatkan intensiti mereka dan menguasai sebahagian besar perlawanan. Penyerang Belanda, Cody Gakpo berjaya menyamakan kedudukan selepas percubaannya terbias pada kaki pertahanan dan masuk.
Ketika perlawanan seolah olah berkahir dengan seri 1-1. Pemain yang memiliki reputasi di pentas antarabangsa di hadapan gol, Wout Weghorst memastikan kemenangan milik Belanda dengan gol minit ke-83.
Kemenangan ini memstikan 3 mata milik Belanda daripada aksi pembukaan kumpulan D yang turut dihuni oleh Perancis dan Austria.
THREE POINTS! ❤️🔥#NothingLikeOranje #POLNED pic.twitter.com/q5FoHQFtas
— OnsOranje (@OnsOranje) June 16, 2024