Eva Carneiro Setuju Larangan Meludah Dan Beberapa Tabiat Buruk Lain

Bekas doktor pasukan Chelsea Eva Carniero menyokong idea melarang pemain meludah dan berjabat tangan ketika bola sepak kembali disambung kelak.

Bercakap kepada The Telegraph, Eva berkata: “Tentu saja, meludah akan menjadi perhatian seperti berjabat tangan atau membersihkan hidung dengan jari sambil membuang hingus, yang merupakan salah satu tabiat para pemain bola sepak yang sering diperhatikan semasa intensiti permainan.”

“Saya rasa sangat sukar untuk mengubah secara total, budaya tingkah laku dalam sukan, tetapi ia memerlukan pelaksanaan yang ketat dan penguatkuasaan yang serius oleh badan-badan pengelola bola sepak tanpa mengira siapa pengurus, pasukan atau pemainnya. Penguatkuasaan boleh dilakukan.”

“Gelombang jangkitan kedua adalah masalah serius. Ini kerana selama berada dalam perlawanan, para pemain akan berhubung rapat dengan kadar pernafasan 45-55 nafas per minit. Itu akan membuatkan banyak potensi penyakit udara.”

Pengerusi jawatankuasa perubatan FIFA, Michel D’Hooghe baru-baru ini menyatakan bahawa pemain mungkin perlu mengubah beberapa tabiat mereka di atas padang, termasuk meludah, kerana faktor kesihatan dan keselamatan.

Eva Carneiro yang pernah bekerja sebagai doktor di Chelsea selama enam tahun — sebelum meninggalkan kelab pada bulan September 2015 berikutan konflik peribadi dengan pengurus ketika itu, Jose Mourinho.

Mourinho yang marah dengan staf perubatan semasa perlawanan menentang Swansea City di Stamford Bridge, didakwa memanggil Eva Carneiro dengan carutan ‘filha da puta’ (SOB).

Carneiro sangat marah dengan Mourinho ketika itu.

Caniero menyaman The Blues setelah menolak tawaran penyelesaian luar mahkamah berjumlah £1.2 juta, dengan pengadilan. Tuntutan itu kemudian diselesaikan dengan syarat dan kesepakatan yang dirahsiakan.

Kelab kemudian meminta maaf kepada Carniero yang menurut mereka tidak melakukan apa apa kesalahan ketika itu dan mengutamakan keselamatan pemain yang cedera.

Baca yang lain

United Sedia Jual Greenwood

Manchester United masih belum pasti tentang kedudukan Mason Greenwood dalam pasukan itu pada musim hadapan. Sebelum ini Sir Jim Ratcliffe tidak menolak