Everton Berdepan Hukuman Kedua Kerana FFP, Nottingham Forest Juga Berisiko

The Times melaporkan bahawa ada dua kelab EPL pada masa ini benar benar dalam risiko untuk dikenakan tindakan kerana kesalahan FFP iaitu Everton dan Nottingham Forest.

Laporan tersebut menyebut, Forest disiasat atas kesalahan yang sama dengan Everton sebelum ini melibatkan laporan keuntungan kelab.

Walaupun berisiko berdepan dengan hukuman berat seperti Everton sebelum ini – di mana Everton dipotong mata – kelab Nottingham Forest optimis bahawa mereka patuh kepada peraturan FFP dan yakin tidak akan dikenakan tindakan.

Forest berbelanja sangat boros sejak mereka naik ke EPL semula pada 2022.

Walaupun yakin mereka bersih dalam FFP namun Nottingham Forest dilaporkan sudah melantik peguam sukan kelas A iaitu Nick De Marco. Mereka sudah sedia untuk menepis sebarang tuduhan salah laku ke atas mereka.

Forest telah membelanjakan lebih £250 juta untuk menandatangani 43 pemain sejak naik ke EPL pada Mei 2022.

Everton yang sudah pun dipotong 10 mata berkenaan dengan kesalahan yang mereka lakukan musim lalu, kini berdepan dengan satu lagi hukuman – menurut The Times.

Premier League menjadi sangat tegas ketika ini kerana mereka mendapat tekanan setelah bertindak tegas ke atas Everton.

Penyokong Everton sendiri sebelum ini mendesak EPL agar lebih tegas kepada kelab lain termasuk Man City, setelah kelab mereka dipoton 10 mata kerana 1 kesalahan FFP.

Sedangkan Man City masih tidak dikenakan sebarang tindakan selepas didapati melakukan 115 salah laku kewangan.

Permintaan penyokong Everton itu nampaknya akan ditunaikan Premier League ketika mereka mengendalikan kes Forest. Dan lebih malang dengan Everton sekali masih disiasat.

Sistem terbaru pengurusan kewangan FFP, semua kelab perlu menghantar laporan kewangan pada 31 Disember 2023. Keputusan tentang perkara itu akan diputuskan pada 14 Januari.

Sebagai tambahan, Premier League memberikan had kerugian sebanyak  £105 juta kepada setiap kelab untuk tempoh kewangan selama 3 tahun terakhir.

Forest sudah melaporkan kerugian tahunan mereka pada musim lalu sebanyak £45.6 juta.

Forest hanya 5 mata di atas zon penyingkiran.

Sementara Everton yang sudah berjaya menampal impak dipotong 10 mata dengan prestasi cemerlang mereka selepas dihukum, kini hanya 1 mata di atas zon penyingkiran.

Jika Everton benar benar dikenakan pemotongan mata sekali lagi, pastinya Sean Dyche akan mati kutu untuk menyelamatkan pasukannya daripada penyingkiran musim ini.