Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton.

Ini selepas kelab Merseyside itu membuat rayuan di atas keputusan sebelum ini.

Pada 17 November 2023 yang lalu, Everton dikenakan pemotongan 10 mata oleh Premier Leaue kerana melanggar peraturan kewangan EPL ataupun bahasa mudahnya melanggar kesalahan FFP – Financial Fair Play.

Keputusan itu membuatkan Everton terus konsisten mempertahankan diri mereka menyatakan bahawa mereka tidak dilayan seadilnya dalam siasatan tersebut.

Everton menanggung kerugian besar melebih had yang ditetapkan untuk 3 tahun kewangan yang berakhir 2021/22.

Di mana mereka melebihi had tersebut sebanyak £19.5 juta.

Kini mereka dikembalikan 4 mata lagi dan menjadikan pemotongan mata mereka hanya 6 mata sahaja.

Keputusan terbaru yang dibuat ini membolehkan Everton naik ke tangga ke-15 dengan 5 mata di atas zon penyingkiran. Everton kini mengutip 25 mata.

Everton dalam kenyataannya menghargai keputusan EFL mendengar rayuan mereka dan mengurangkan hukuman daripada hukuman asal iaitu dipotong 10 mata.

Namun mereka masih lagi merasakan bahawa kelab itu seharusnya tidak dikenakan hukuman langsung. Lalu bertekad untuk terus membuat rayuan lagi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di