Liverpool berkongsi mata dengan Everton pada aksi derbi Merseyside di Goodison Park yang panas.
Ini adalah aksi terakhir Merseyside Derby di Goodison Park. Kerana selepas ini Everton akan berpindah ke stadium baharu.
Liverpool fans are celebrating the final derby at Goodison Park too…
…celebrating the last time Everton won a trophy 💀 pic.twitter.com/332KM2RLLc
— B/R Football (@brfootball) February 12, 2025
Liverpool ketinggalan awal dalam perlawanan ini hasiil jaringan Beto. Di mana penyerang itu mengatasi garisan pertahanan tinggi Liverpool untuk gol pertama Everton.
Namun gol itu hanya bertahan 5 minit. Mac Allister menyamakan kedudukan untuk Liverpool minit ke-16 perlawanan.
Selepas itu aksi menjadi sangat panas antara kedua dua pasukan. Michael Oliver sangat sibuk di atas padang.
No second yellow for Bradley ❌
No penalty for Konate handball ❌
No goal for Branthwaite offside ❌
A crucial 10 minutes for Everton… pic.twitter.com/0V09l5FG0m
— Football on TNT Sports (@footballontnt) February 12, 2025
Mohamed Salah menjadikan kedudukan 1-2 memihak pelawat menerusi gol mudah pada minit ke-73. Di mana dia merembat masuk ke dalam gawang yang terbuka.
Ketika Liverpool berkira kira untuk membawa pulang 3 mata dan menjarakkan diri 9 mata daripada Arsenal, pemain Everton James Trakowski menyamakan kedudukan pada lewat masa kecederaan minit ke-90+8.
Peminat Everton masuk ke tepi padang untuk meraikan gol tersebut. Namun kemudian kembali resah kerana VAR menyemak sama ada gol itu sah atau ada ofsaid.
VAR kemudian mengesahkan gol tersebut. Dan ianya adalah gol terakhir dalam perlawanan ini.
Aksi tegang terus berlaku ketika tamat perlawanan. Curtis Jones dan Doucoure bergelut antara satu sama lain selepas Doucoure meraikan keserian itu di hadapan penyokong Liverpool.
Pengadill melayangkan kad kuning kedua kepada kedua dua pemain selepas wisel penamat.
Seterusnya pengurus Liverpool, Arne Slot pula dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil.
It ends level. #EVELIV pic.twitter.com/5SQSRWpqlf
— Liverpool FC (@LFC) February 12, 2025
Liverpool kekal di tangga teratas dengan 7 mata di haapan Arsenal. Namun lawan mereka seterusnya adalah Wolves di Anfield diikuti aksi menentang Aston Villa di Villa Park.
Seterusnya skuad Arne Slot akan berkunjung ke Etihad melawan Manchester City sebelum menjamu kunjungan Newcastle di Anfield.