Evolusi Pit Stop Dalam F1: Tukar Tayar Dari 2 Minit Kepada 1.9 Saat

Hentian pit (pit stop) dalam sukan Formula 1 (F1) merujuk kepada aktiviti untuk menukar tayar kereta. Setiap pasukan F1 akan cuba sedaya upaya untuk memastikan hentian pit mereka cepat dan kemas.

Dahulu dalam hentian pit, pasukan pengeluar juga akan mengisi minyak. Selepas beberapa insiden kebakaran di hentian pit pada 1983, pihak F1 melarang sebarang aktiviti mengisi ataupun membuang minyak daripada kereta pada tahun 1984.

Namun, untuk pihak F1 telah memperkenalkan semula prosedur mengisi minyak ini pada 1994. Ini kerana banyak pasukan tidak mementingkan aspek keselamatan berbanding dengan kadar kecepatan mengisi minyak.

Oleh itu F1 merasakan pengisian ataupun pembuangan minyak di hentian pit sangat berbahaya. Banyak kemalangan telah berlaku terutama sekali melibatkan kebakaran.

INSIDEN MASSA DAN EVOLUSI HENTIAN PIT

Pada 2008, Felipe Massa bergerak ketika krew belum habis mengisi minyak dan berlaku kemalangan di hentian pit. Ia sangat berisiko dan boleh membawa maut.

Pada 2010, FIA sekali lagi melarang aktiviti mengisi minyak di hentian pit. Selepas larangan mengisi minyak ini, hentian pit dalam sukan F1 terus mengalami evolusi dalam persaingan untuk melakukan hentian pit paling pantas sehingga peminat tidak boleh mengelipkan mata.

Segalanya perlu dilakukan dengan betul walaupun dalam kadar segera. Sebarang kesilapan yang dilakuan dalam masa beberapa saat, boleh menyebabkan pemandu kereta ataupun krew tersebut dalam bahaya.

Dalam setiap hentian pit, krew dan mekanik yang terlatih serta berkemahiran tinggi ditempatkan di sana untuk memastikan mereka dapat melaksanakan tugasan meeka dengan cekap dan pantas.

Dalam Formula 1, hampir 25 krew yang akan melakukan kerja hentian pit ini. Setiap krew haruslah boleh melakukan kerja dalam tempoh 1.5 saat sehingga 2.0 saat.

DARI 2 MINIT KEPADA 2 SAAT DAN KE BAWAH

Pada 1950, purata setiap hentian pit sekitar 67 saat, ataupun 1 minit 7 saat. Banyak pasukan yang melakukan hentian pit sekitar 2 minit.

Selepas larangan mengisi minyak pada 2010, pasukan Marcedes menurunkan rekod hentian pit terbaik mereka kepada 3.4 saat pada 2011. Sebelum itu, biasanya mereka akan mencatatkan masa 6 sehingga 12 saat.

Pada 2012, McLaren telah memecahkan rekod itu dengan catatan 2.32 saat. Tahun yang sama, Red Bull mencipta rekod dengan 2.05 saat.

Perfection

Masa telah mengubah segalanya. Pada 2013, Ferrari telah melakukan hentian pit yang dianggap sempurna dengan catatan sekitar 2.0 saat. Ianya dilakukan dengan kepakaran 23 orang krew.

Dalam video di bawah ini adalah perbandingan apa yang berlaku dalam hentian pit pada hari ini dengan apa yang berlaku pada 1950-an.

Jom saksikan ia dalam keadaan ‘slow motion’, sila perhatikan gerak-geri setiap krew.

Pada 2013 juga, Red Bull sekali lagi memecahkan rekod dengan catatan 1.92 saat. Buat masa ini, rekod yang dicatatkan oleh Red Bull pada 2013 dengan 1.92 saat disamakan oleh Williams di Grand Prix Baku. Ia dianggap rekod terbaik setakat ini.

Kehebatan pasukan Williams itu membolehkan mereka diiktiraf sebagai anugerah hentian pit terbaik DHL.

Pengurus Red Bull, Jonathan Wheatley ditanya tentang tips untuk melakukan hentian pit sempurna. Beliau berkata:

“Krew sudah mula bertugas 1 pusingan lebih awal sebelum kereta tiba. Semua perlu dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik. Semua orang perlu ada ‘mindset’ yang positif dan kena yakin dengan apa yang akan mereka lakukan.”

“Seterusnya, pemandu haruslah berhenti di titik yang ditetapkan, jadi semua orang tidak perlu mengubah posisi lagi. Dengan kedudukan yang betul ini, semua orang boleh melakukan kerja dengan baik.”

“Jackman harus melakukan tugasan pertama dengan betu. Gunmen (penukar tayar) harus membuka dan mengunci nat dengan betul.”

Ini adalah gambar ‘gun’ yang digunakan untuk membuka tayar. Setiap satu unit bernilai sekitar €5,000. Setiap pasukan ada sekurang-kurangnya 25 unit.

“Tayar itu bukan ringan. Jadi tugas pengangkut tayar juga penting. Semuanya perlu dilakukan dengan teratur dan bersama-sama. Jika semua orang ada hari kerja yang sempurna, anda akan dapat hasil yang istimewa.”

Catatan sekitar 2 saat bukanlah sesuatu yang asing. Pada 2016, banyak hentian pit yang berada sekitar 2 saat dan ke bawah. Itulah antara bukti evolusi di dalam hentian pit.

Walaupun segala macam teknologi digunakan di dalam F1, kepantasan hentian pit masih terlalu berkait rapat dengan tenaga manual seorang manusia.

Jadi, berikut adalah peranan setiap krew ketika hentian pit:

1. ‘The lollipop man’

Ia merujuk kepda krew yang memegang papan tanda yang akan memberikan isyarat kepada pemandu bahawa krew sudah selesai melakukan tugasan.

Selain daripada memberikan isyarat untuk pemandu meneruskan perlumbaan, ‘lollipop’ man turut berperanan untuk memberikan isyarat kepada krew untuk melaraskan jek dan sebagainya.

Pada 2008, Ferrari telah menukarkan lollipop man dengan lampu isyarat di hentian pit. Merah tanda berhenti, lampu oren tanda pemandu perlu masuk gear pertama, hijau tanda pemandu boleh memulakan pemanduan.

2. Penukar tayar

Ada 4 penukar tayar yang bersedia dengan peralatan membuka ‘nut’ serta kelengkapan lain.

3. Pengangkut tayar

8 orang pengangkut tayar. 4 bersedia untuk mencabut tayar yang udah dibuka oleh penukar tayar, 4 lagi akan memasukkan tayar baru untuk dikunci penukar tayar.

3. Stabilizer

Ada 2 stabilizer yang akan bertugas di setiap sisi kereta.

4. Jack man

Ada 2 ‘jack man’ di depan dan belakang yang akan mengangkat kenderaan dengan jek.

5. Pemadam kebakaran

Ada beberapa krew yang akan bersedia dengan pemadam kebakaran. Krew ini wajib ada.

6. Starter man

Mereka adalah orang yang akan mematikan dan mengidupkan enjin kereta dengan peralatan khas.

RUJUKAN

Motherboard

Macs Motor City Garage

Wikipedia

Baca yang lain